Utama Telco Digi Digi buka pra-tempahan untuk Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z...

Digi buka pra-tempahan untuk Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4

1052
0
Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 Digi

Tidak lama selepas pelancaran Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 di dalam acara Samsung Unpacked semalam, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan kini mula menawarkan pra-tempahannya tersendiri.

Antaranya Digi yang kini membuka pra-tempahan untuk kedua-dua model telefon pintar boleh lipat Samsung baharu berkenaan menerusi pelan ansuran PhoneFreedom 365.

Samsung Galaxy Z Flip 4 ditawarkan sebagai tambahan untuk pelan Digi Postpaid 120 atau Postpaid 150. Bagi pelan Postpaid 150, anda boleh mendapatkan Galaxy Z Flip 4 dengan storan 128GB dengan tambahan sebanyak RM99 sebulan sepanjang 2 tahun tempoh kontrak. Untuk model dengan storan 256GB pula, harga bulanannya akan ditambah sebanyak RM119.

Seperti biasa, harga tambahan tersebut akan bertambah sedikit bagi pelan Digi Postpaid 120. Untuk Samsung Galaxy Z Flip 4 dengan storan 128, anda perlu membayar tambahan sebanyak RM109 manakala untuk pilihan storan 256GB harga yang perlu ditambah adlaah RM127 sebulan.Digi-Samsung-Galaxy-Flip4

Seterusnya, Samsung Galaxy Z Fold 4 ditawarkan pada harga RM199 sebulan dengan pelan Digi Postpaid 150 untuk pilihan storan 256GB sepanjang tempoh kontrak selama 2 tahun. Harga bayaran tambahan bulanannya meningkat ke RM228 sebulan bagi pilihan storan 512GB. Jika anda memilih untuk melanggan dengan Digi Postpaid 120, bayaran tambahan bulanannya masing-masing adalah RM209 dan RM238 mengikut kapasiti storan.Digi-Samsung-Galaxy-Fold 4

Pelbagai cenderahati percuma pra-tempahan terawal

Selain dari tawaran telefon-telefon pintar boleh lipat Samsung berkenaan, Digi turut menawarkan pelabagai cenderahati percuma bagi anda yang membuat pra-tempahan. Kedua-dua peranti ini hadir dengan waranti lanjutan 1-tahun di bawah program Samsung Care+.

Khusus untuk Samsung Galaxy Z Flip 4, Digi turut menawarkan flap leather cover dan Samsung Galaxy Buds Live secara percuma. Untuk Galaxy Z Fold 4 pula, tawaran percuma hadir dalam bentuk standing cover, S-Pen, dan Galaxy Watch 4.

Tawaran terhad ini hanya diberikan selagi stok masih ada dan anda yang berminat boleh membuat pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 melalui Digi dari sekarang hingga 1 September 2022.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.