Utama Telco Maxis Pelan Maxis Postpaid beri Tambahan Kuota Data 5G Percuma sehingga 1,000GB bermula...

Pelan Maxis Postpaid beri Tambahan Kuota Data 5G Percuma sehingga 1,000GB bermula 14 Disember ini

360
0

Ogos lalu Maxis telah mengumumkan penawaran akses data 5G kepada pelanggan-pelanggan pascabayarnya. Selain kuota data bulanan sedia ada, penawaran data secara spesifik untuk 5G turut ditawarkan mengikut pelan masing-masing.

Bermula esok 14 Disember 2024, Maxis memberikan bonus kuota data 5G secara percuma kepada pelanggan pelan pascabayar.

Menerusi halaman soalan-soalan lazim, Maxis menyatakan pelanggan pelan Postpaid 79 akan menerima kuota data tambahan 5G sebanyak 80GB dari kuota sedia ada 80GB.

Penawaran kuota tambahan secara percuma ini ditambah secara sekali ganda dari kuota data 5G sedia ada mengikut pelan masing-masing. Kuota data tambahan paling banyak ditawarkan untuk pelan Postpaid 199 yang menawarkan sehingga 1TB data tambahan 5G selain data tambahan sedia ada  200GB yang ditawarkan khusus untuk pelan tersebut.

Maxis tuurt menyatakan naik taraf percuma ini diberikan secara kekal kepada pengguna-pengguna pelan pascabayar berkenaan dan akan diberikan secara berperingkat bermula dari 14 November sehingga 20 Disember ini. Pengguna juga akan diberitahu melalui SMS jika naik taraf kuota tambahan 5G tersebut selesai. Bagi pelanggan baharu, akses untuk data tambahan 5G berkenaan akan terus diberikan.

Naik taraf kuota data 5G berkenaan hanya ditawarkan untuk pelan-pelan yang dinyatakan tadi. Untuk pelanggan-pelanggan pelan lama seperti Postpaid 128, anda mungkin perlu menukar kepada pelan baharu seperti Postpaid 139. Di dalam halaman soalan-soalan lazim Maxis tersebut jugak tidak dinyatakan sama ada pemberian kuota data 5G tambahan ini turut melibatkan pelan pascabayar Hotlink.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.