Utama Komputer Laptop Lenovo Legion Y540 dan Ideapad L340 Gaming diperkenalkan ke pasaran Malaysia

Laptop Lenovo Legion Y540 dan Ideapad L340 Gaming diperkenalkan ke pasaran Malaysia

1288
0

Lenovo mungkin sedikit lambat dalam memperkenal laptop siri Intel Core-H Gen Ke-9 keluarannya. Namun, ini semua tidak menjadi masalah asalkan ianya sesuai dengan penawaran yang diberikan olehnya kepada pengguna seperti mana dua model laptop yang baru diperkenalkan.

Salah satunya adalah Lenovo Legion Y540 yang ditawarkan dengan dua pilihan paparan IPS Full HD iaitu 15.6-inci atau 17.3-inci. Pengguna juga ditawarkan dengan pilihan menaik taraf kedua-dua pilihan saiz paparan berkenaan panel 144Hz dengan tambahan bayaran.

Kedua-dua varian ini juga boleh didapati dengan pilihan pemprosesan sehingga Intel Core i7-9750H dan pemprosesan grafik NVIDIA GeForce RTX 2060. Laptop ini juga dipasangkan dengan pilihan sehingga RAM 32GB DDR4-2666 bersama-sama storan pemacu cakera 1TB 7200rpm dan pemacu keadaan pepejal PCIe NVMe 1TB. Terdapat juga pilihan pemacu cakera 2TB, namun pada kelajuan yang lebih rendah pada 5400rpm.

Sementara itu, pilihan pemprosesan yang sama juga disediakan untuk model kedua, IdeaPad L340 Gaming. Walau bagaimanapun, memandangkan laptop ini dikategorikan laptop gaming mesra bajet, senarai pilihan untuk perkakasan-perkakasan lain IdeaPad L340 Gaming agak berbeza.

Misalnya, pengguna perlu membuat bayaran tambahan untuk mendapatkan panel IPS untuk varian 15.6 inci. Manakala untuk unit dengan paparan 17.3 inci, panel IPS sudah tersedia dipasangkan tanpa sebarang penambahan kos padanya.

Laptop ini juga hadir dengan kadar segar semula bingkai 60Hz memandangkan Lenovo tidak menyediakan pilihan untuk menaik taraf paparan laptop ini dengan kadar penyegaran semula yang lebih tinggi.

Dari segi harga, Legion Y540 dengan paparan 15,6 inci ditawarkan dengan harga bermula dari RM 3,699. Manakala versi 17.3-inci pula harganya adalah dari RM 4,779.

Untuk sebuah lagi model iaitu IdeaPad L340 Gaming, pengguna boleh mendapatkan pada harga serendah RM 2,999 untuk pilihan paparan 15.6-inci dan RM 4,109 untuk pilihan paparan 17.3-inci.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lenovo Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.