Utama Komputer Permainan Lenovo Legion Play; Konsol Permainan Mudah-Alih berasaskan Android yang dikatakan sedang dibangunkan...

Lenovo Legion Play; Konsol Permainan Mudah-Alih berasaskan Android yang dikatakan sedang dibangunkan Lenovo

85
0

Lenovo dikatakan bakal memberikan saingan di dalam arena konsol permainan mudah-alih melalui Lenovo Legion Play yang berasaskan Android. Konsol ini kelak berkemungkinan akan menyaingi Steam Deck dari Valve dan Nintendo Switch.

Konsol permainan mudah alih dari Lenovo ini dikatakan pada asalnya akan dilancarkan di dalam acara MWC 2021. Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui punca mengapa ia tidak diperkenalkan di dalam acara tersebut.

Menurut portal Liliputing, Lenovo Legion Play merupakan konsol permainan mudah alih awanan berasaskan Android. Ia direka untuk memainkan permainan bergred AAA sama ada jenis mudah alih mahupun menstrimkan permainan dari PC terus ke peranti berkenaan.

Peranti ini dilengkapkan dengan paparan FHD 7-inci dengan sokongan HDR 10 bernisbah aspek 16:9. Ia juga didatangkan dengan sepasang pembesar suara, alat pengawal terbina dalam yang tidak boleh ditanggalkan, serta bateri berkapasiti 7,000mAh.

Konsol permainan mudah alih ini juga didapati menggunakan sistem operasi Android yang telah diubahsuai. Berdasarkan foto yang tular di internet, ia dikatakan menyokong platform Nvidia GeForce Now. Tidak dapat dipastikan apakah perkhidmatan penstriman permainan yang akan disokong olehnya kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.