Kekurang bekalan cip pemprosesan dan grafik yang dihadapi di seluruh dunia buat masa ini disebabkan oleh ketamakan pelombong kripto dan aktiviti pencatutan sesetengah pihak.
Terbaru, aktiviti yang didorong oleh sifat tamak manusia ini akan membawa kepada kekurangan bekalan peranti storan pula.
Menurut laporan oleh HKEPC, pelombong-pelombong kripto di China dilaporkan telah membeli storan HDD berkapasiti antara 4TB hingga 18TB dalam skala yang amat besar. Pembelian besar dalam masa yang singkat oleh individu-individu ini didorong oleh kemunculan mata wang digital Burstcoin (Burst).
Tidak seperti mata wang kripto lain, Burstcoin dilombong melalui kaedah “pembuktian ruang (proof of space)” atau “pembuktian kapasiti (proof of capacity). Kaedah ini mengguna pakai ruang storan yang sedia ada, berbanding kuasa pemprosean grafik.
Secara asasnya, pembuktian ruang menggunakan pemacu storan untuk menyimpan fungsi cincang (hash functions) bagi kegunaan kemudian di dalam tempoh perlombongan. Teknologi ini pada asalnya dipelopori oleh mata wang kripto Chia.
Traditional cryptocurrency mining is slow, wasteful, and centralized. Chia’s method is energy efficient and broadly distributed, because even digital money should be green #chia #crypto #nextchapter #cryptoinvestor #cryptominingfarm #cryptowallet #digitalmoney #cryptocurrency pic.twitter.com/Kjy5xCjh5e
— Chia Project (@chia_project) May 28, 2019
Atas sebab itu, kebanyakan pelombong telah membuat pembelian panik segala jenis storan, baik HDD mahupun SSD. Padahal, medium storan pantas seperti SSD tidak bersesuaian untuk kaedah perlombongan jenis ini. Ini kerana operasi baca dan tulis yang diperlukan untuk pengiraan bagi perlombongan ini lebih cepat memendekkan hayat SSD berbanding HDD.
Tambahan pula, mata wang kripto baharu seperti Chia dan Burst masih lagi belum didagangkan kepada orang ramai seperti sesetengah mata wang kripto lain. Justeru, tidak dapat dipastikan sejauh mana nilai kriptowang ini di dalam pasaran.