Utama Mobile Aplikasi Krenovator Perkenal AI CV Maker Untuk Bantu Bakat-Bakat Teknologi Perkemas Penulisan CV

Krenovator Perkenal AI CV Maker Untuk Bantu Bakat-Bakat Teknologi Perkemas Penulisan CV

480
0

19 Mei 2023, Kuala Lumpur – Krenovator Technology Sdn. Bhd. (Krenovator) hari ini memperkenalkan AI CV Maker di dalam platform bakat teknologi yang dibangunkannya. AI CV Maker membolehkan bakat-bakat teknologi menghasilkan curriculum vitae (CV) mereka secara digital hanya dalam beberapa minit dengan bantuan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) melalui empat langkah sahaja.

Selain memaparkan CV secara online dalam platform Krenovator, AI CV Maker juga menghasilkan CV yang mematuhi format Applicant Tracking System atau ATS yang boleh dimuat turun oleh pengguna.

AI CV Maker ini boleh segera digunakan mulai sekarang oleh pengguna di seluruh dunia dan ianya tanpa sebarang bayaran. Ia adalah peralatan AI terkini yang wujud dalam platform Krenovator sekarang ini, selepas pembantu pengekodan AI digelar Abraham yang dilancarkan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Krenovator, Mahadhir Yunus, melahirkan kegembiraannya mengenai pelancaran AI CV Maker, menyatakan, “Mewujudkan CV yang menarik perhatian pengurus pengambilan pekerja adalah suatu cabaran biasa yang dihadapi oleh ramai bakat teknologi. Menyedari hakikat inilah, kami terdorong untuk menawarkan pembuat CV berkuasa AI melalui platform kami, dengan kelebihan menghasilkan CV yang berformat ATS.”

CV format ATS adalah penting kerana ia memudahkan pengguna Krenovator yang mencari pekerjaan jarak jauh atau “remote” untuk berkongsi butiran kelayakan dan latar belakang mereka dengan menggunakan format yang memang diiktiraf dan diterima pakai oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Satu lagi fungsi penting AI CV Maker oleh Krenovator ini ialah ia membantu mengurangkan kesilapan, terutamanya dalam hal-hal bahasa.

Sebagai tambahan kepada format PDF, setiap CV yang dihasilkan akan tersedia dalam talian dalam domain awam melalui pautan web khusus, memudahkan majikan mengaksesnya pada bila-bila masa dan dari mana sahaja. Contohnya: app.krenovator.io/cv/NAMA.

Mahadhir berkata, “Krenovator tetap komited untuk menyediakan peralatan-peralatan berkuasa AI kepada komuniti bakat teknologi kami, dan AI CV Maker ini satu lagi contoh daya dedikasi kami.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.