Utama Teknologi GovTech KP Jabatan Digital Negara adakan Sesi Townhall bersama Skim F

KP Jabatan Digital Negara adakan Sesi Townhall bersama Skim F

102
0
Dr Fazidah KP Jabatan Digital Negara

PUTRAJAYA, 7 Februari – Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Dr. Fazidah binti Abu Bakar telah mengadakan sesi townhall bersama Skim Teknologi Maklumat (Skim F) Sektor Awam di Dewan Damar Sari 3, Blok F8, Parcel F, Putrajaya hari ini.

Di dalam sesi tersebut, Dr. Fazidah telah menyampaikan amanat serta tidak ketinggalan mendengar segala perkongsian dan cadangan yang disuarakan oleh warga kerja Skim F. Sesi ini juga turut dihadiri oleh beberapa kumpulan yang mewakili skim berkenaan yang terdiri daripada Persatuan Juru Analisa Sistem Sektor Awam (PERJASA), Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPPTM), Persatuan Teknologi Maklumat Negeri Perak dan Kesatuan Perkhidmatan Juruteknik Komputer (CTSU).

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dedikasi semua warga kerja Skim F yang sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.

Jabatan Digital Negara merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Digital yang baharu sahaja ditubuhkan selepas rombakan kabinet pada penghujung tahun lalu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.