Utama Apple Rekaan iPhone 16 dilaporkan tertiris, Dikatakan mempunyai kamera utama yang disusun menegak

Rekaan iPhone 16 dilaporkan tertiris, Dikatakan mempunyai kamera utama yang disusun menegak

101
0

Baru-baru ini telah dilaporkan rekaan Apple iPhone 16 tertiris di arena web. Menurut pengguna bernama Majin Bu di X, Apple dikatakan sedang merancang untuk meletakkan kamera-kameranya secara menegak.

Menariknya, posisi kamera-kamera iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max diubah bagi mengoptimumkan penggunaan lensa lebar dan ultra lebar dalam posisi lanskap.

Hasilnya kedua-dua iPhone 15 Pro berkenaan merekodkan video Spatial melalui kedua-dua lensa tersebut. Jika khabar angin ini benar, model iPhone 16 kelak juga mampu merakam video Spatial.

Selain itu, MacRumors juga mendakwa apa yang diperkatakan oleh Majin Bu itu benar. Oleh yang demikian, ia merupakan perkembangan yang menarik buat peminat dan juga pembangun aplikasi.

Malahan, iPhone 16 yang akan datang ini juga akan didatangkan dengan RAM dan storan yang lebih besar, serta sokongan Wi-Fi dan 5G yang lebih pantas. iPhone 16 Pro yang akan datang kelak mungkin memperkenalkan butang baharu yang akan memberikan respon terhadap sentuhan dan tekanan.

Ia dijangka akan membolehkan pengguna membuka kamera, melaraskan fokus serta zum dekat dan jauh dengan lebih cepat. Lebih kurang ia mungkin berfungsi seperti butang-butang pada kamera DSLR.

Walaubagaimanapun, ia semua masih lagi sekadar desas-desus di internet dan tiada sebarang pemakluman rasmi dari pihak Apple berkenaan perkara ini setakat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.