Utama Teknologi Kerajaan cadang memperkenalkan Lesen Khas Perniagaan dalam talian

Kerajaan cadang memperkenalkan Lesen Khas Perniagaan dalam talian

562
0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bercadang untuk memperkenalkan lesen khas perniagaan dalam talian.

Cadangan ini diwujudkan bertujuan bagi melindungi pengguna dari menjadi mangsa penipuan di dalam aktiviti jual-beli di dalam talian.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid para peniaga akan tertakluk kepada syarat-syarat yang perlu dipatuhi berdasarkan lesen tersebut. Selain itu, pengguna juga dapat menjalankan aktivit pembelian dengan lebih selamat.

Pelaksanaan lesen khas ini dijangka dapat dilakukan selepas pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Berdasarkan rekod, sebanyak 355,676 syarikat dalam talian yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga tahun lepas.

Selain itu, pihak kementerian juga telah merekodkan sebanyak 11,510 aduan telah diterima pada tahun lepas. Angka ini meningkat berbanding 5,414 pada tahun sebelumnya. Pada tahun lalu, 7,797 aduan yang terima melibatkan masalah tidak menerima barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.