Utama Komputer Kedai atas talian Nvidia Malaysia kini dibuka

Kedai atas talian Nvidia Malaysia kini dibuka

1736
0

Beberapa hari selepas menerbitkan iklan ejek melalui laman Facebook rasminya, Nvidia telah melancarkan kedai atas talian untuk pasaran Malaysia sekitar minggu lepas.

Walaupun kedai atas talian ini masih lagi dibawah entiti yang sama, ianya dibezakan dengan pengkhususan yang menumpukan pada pasaran Malaysia berbanding kedai atas talian Nvidia lain yang mengutamakan pasaran rantau lain seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom.

Misalnya, Nvidia tidak menyediakan hosnya sendiri untuk kedai atas talian Malaysia. Sebaliknya, ia ditempatkan melalui Lazada Malaysia dan produk-produk yang ditawarkan olehnya juga berbeza dengan produk-produk Nvidia untuk pasaran di rantau lain.

Pilihan untuk kad grafik di kedai atas talian rasmi Nvidia melalui Lazada ini juga terhad pada kad-kad grafik yang dikeluarkan oleh OEM sahaja. Oleh itu, sesetengah pengguna tidak boleh mendapatkan kad grafik jenis tertentu seperti Founders Edition, Titan dan Quadro misalnya.

Sungguhpun kedai atas talian Nvidia Malaysia ini kelihatan amat berlainan dengan rantau-rantau lain, pembukaannya menandakan bahawa pihak Nvidia sedar akan potensi pasarannya di Malaysia.

Layari laman Lazada Nvidia Malaysia untuk info lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.