Utama Komputer Kemaskini Windows RT akan hadir pada September

Kemaskini Windows RT akan hadir pada September

459
0

Microsoft masih lagi tidak melupakan Windows RT dan tidak lama lagi akan disediakan kemaskini untuk sistem operasi berasaskan pemprosesan ARM ini menjelang September untuk diselaraskan dengan kehadiran Windows 10.

Sudah tentu, kemaskini ini hanyalah bersifat kosmetik dan rupa luaran sahaja kerana ia tidak akan tampil dengan ciri-ciri kepenggunaan Windows 10.

Kemaskini yang dikenali sebagai Windows 8.1 Update 3 ini akan menampilkan menu Start yang baharu dan kekunci skrin yang menghampiri ciri-ciri estetika Windows 10.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada ruangan soalan kerap tanya (FAQ) Microsoft Windows RT, kod untuk menu Start baharu Windows RT tidak sama dengan dengan menu Start Windows 10. Justeru, hanya perubahan kecil sahaja yang dapat dilakukan tanpa mampu membuat penambahbaikan seperti apa yang ada pada Windows 10.

 Selain itu, aplikasi-aplikasi Universal dari Microsoft juga tidak boleh dioperasikan pada Windows RT. Hal ini kerana ia tidak mempunyai API Windows 10. Begitu juga halnya dengan Continuum yang tidak terdapat pada Windows RT atas sebab yang sama juga.

Agak pelik juga kenapa Microsoft menyediakan kemaskini untuk RT tapi takda berikan apa-apa sebarang perubahan yang berlaku terhadap sistem operasi ini. Rasa macam sistem operasi Windows RT ni dianak tirikan pun ada. Entah berapa ramai lah pengguna Windows RT yang rasa menyesal gunakan sistem operasi ni.

Sumber diperoleh dari ARS technica

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.