Utama Mobile Android DxOMark: Kamera Galaxy Note 8 bertaraf paling tinggi dikalangan Android

DxOMark: Kamera Galaxy Note 8 bertaraf paling tinggi dikalangan Android

893
0

Samsung Galaxy Note 8 dan Apple iPhone 8 Plus kini dilihat setanding dari segi kualiti kamera yang dilengkapkan pada kedua-dua telefon pintar ini. Justeru, menjadikan kamera bagi kedua-dua telefon pintar ini yang terbaik di dunia.

Apabila sesebuah telefon pintar flagship dilancarkan oleh mana-mana jenama, macam biasa, netizen akan mengulas dengan pelbagai jenis pandangan, membuat ujian ketahanan pada peranti, menyelongkar ciri-ciri unik yang ditawarkan olehnya. Serta, spesifikasi dan kualiti kamera yang dilengkapkan padanya turut dinilai.

DxOMark, merupakan diantara pihak yang melakukan pengujian dan penarafan kualiti kamera bagi sesebuah telefon pintar selama bertahun-tahun. Menurut pandangan mereka, Samsung Galaxy Note 8 menawarkan kamera yang paling berkualiti dikalangan telefon-telefon pintar Android.

Melalui catatan markah 100 bagi foto dan 84 bagi video, Galaxy Note 8 mendapat markah keseluruhan 94. Menjadikan kedudukannya terikat di tempat pertama bersama-sama iPhone 8 Plus dari segi kualiti kamera telefon pintar.

Untuk foto, DxOMark mengagumi kualiti kamera yang ditawarkan oleh Note 8 melalui pengurangan hingar (noise), pemeliharaan perincian halus, prestasi fokus auto yang pantas, serta lensa pengezuman berkualiti tingginya. Manakala videonya pula, ia menawarkan kualiti yang baik sungguhpun sedikit bermasalah pada prestiasi fokus autonya dan juga pada kualiti tekstur rakamannya.

Bagaimanapun, pengujian kualiti kamera yang dijalankan oleh pihak ketiga seperti DxOMark ini tidak semestinya menggambarkan situasi sebenar jika peranti berkenaan digunakan oleh pengguna biasa.

Oleh itu, sungguhpun markah kamera Note 8 lebih tinggi dari kamera-kamera lain yang rendah sedikit markahnya seperti Pixel, HTC U11 atau Sony Xperia XZ Premium, ia tidak menjanjikan kualitinya lebih baik dari kamera-kamera Android lain jika digunakan dalam situasi sebenar oleh pengguna.

Sumber berita diperoleh dari DxOMark

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.