Perkhidmatan penstriman popular seperti Netflix dan iFlix akan tertakluk di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) 2014 jika cadangan pindaan akta berkenaan diluluskan pada sesi Dewan Rakyat berikutnya.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy menyatakan pada sidang media awal hari ini tentang keperluan pihak kerajaan untuk mengenakan cukai ke atas perusahaan atas talian dalam persekitaran ekonomi digital yang kian berubah kini.
Beliau turut menyatakan perkhidmatan penstriman merupakan di antara sebahagian pindaan yang akan dibentangkan nanti.
Perkhidmatan penstriman tempatan seperti iFlix dan Astro Go mungkin boleh memasukkan cas pelaksanaan GST itu nanti ke dalam bil bulanan pengguna. Tetapi, tidak dapat dipastikan mekanisme apa yang akan digunapakai oleh perkhidmatan penstriman antrabangsa seperti Netflix dan Amazon Prime terhadap cadangan pindaan GST itu kelak.
Sumber berita diperoleh dari The Malay Mail