Utama Mobile iOS Sah: iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan hadir ke Malaysia 20...

Sah: iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan hadir ke Malaysia 20 Okt, Pra-Tempahan dibuka 13 Okt

1229
0

Bagi anda yang sedang menunggu kehadiran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, penantian anda sudah hampir menemui penghujungnya. Apple Malaysia baru-baru telah mengemaskini laman web dengan kenyataan iPhone 8 akan datang ke pasaran Malaysia bermula 20 Oktober ini. Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat ini juga memaklumkan bahawa pra-tempahan boleh dibuat mulai 13 Oktober.

Apple secara rasminya telah pun mengumumkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus lebih kurang sebulan yang lepas dan boleh didapati di sesetengah negara yang terpilih sejak dari 22 September yang lalu. Gelombang kedua iPhone 8 pula telah pun dijadualkan pada 29 September 2017. Syarikat-syarikat telco di Malaysia sudah pun memaparkan telefon pintar ini akan hadir melalui syarikat telco tidak lama lagi.

Setakat ini masih belum ada lagi kenyataan berhubung harga yang akan ditawarkan untuk pasaran di Malaysia. Portal membeli belah tempatan seperti 11street sudah pun membuka pra-tempahan untuk kedua-dua model iPhone berkenaan.

Mengikut harga yang tertera pada portal 11street, harga yang ditawarkan bagi iPhone 8 bermula dari RM3,649. Manakala harga untuk iPhone 8 Plus pula, harganya bermula dari RM4149.

Sumber berita diperoleh dari Apple Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.