Utama Mobile Aplikasi JPJ mungkin akan mengenakan Bayaran untuk Lesen Memandu Fizikal pada tahun depan

JPJ mungkin akan mengenakan Bayaran untuk Lesen Memandu Fizikal pada tahun depan

60
0

Menteri Pengangkutan Anthony Loke baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan di Parlimen mengenai hasrat pihak kementeriannya untuk memperkenalkan bayaran untuk mendapatkan lesen memandu fizikal.

Beliau mengambil maklum mengenai masih ramai lagi rakyat Malaysia yang inginkan lesen memandu dalam bentuk kad fizikal dan akan mengumumkannya pada tahun hadapan.

Tambah beliau lagi, usaha mendigitalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diteruskan lagi bagi menambahbaik sistem penyampaian kepada rakyat. Kos untuk cetakan kad fizikal tersebut bagaimanapun belum dinyatakan lagi.

Pada tahun 2023, Malaysia telah beralih ke arah hanya menggunakan salinan digital untuk lesen memandu dan juga dokumen cukai jalan. Pengguna yang mendapat lesen memandu baharu atau memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh akan hanya menerima salinan digital menerusi aplikasi MyJPJ. Ia boleh digunakan sebagai salinan dokumen yang sah untuk dikemukakan bagi urusan rasmi seperti ketika diminta oleh pihak berkuasa di dalam sekatan jalan raya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.