Utama Mobile Aplikasi JPJ akan bangunkan Aplikasi Memperbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan secara Online

JPJ akan bangunkan Aplikasi Memperbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan secara Online

478
0
Kiosk Perbaharui Lesen JPJ
Foto dari FB Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan Anthony Loke telah menyatakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengusahakan satu kaedah yang membolehkan pengguna memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motor (cukai jalan) menggunakan aplikasi.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan jabatan yang mensasarkan perkhidmatan yang disediakan lebih mudah diakses secara dalam talian.

Buat masa ini, kerajaan telah membenarkan pengguna memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motor secara dalam talian menerusi portal JPJ mySIKAP dan laman web MyEG yang diperakui oleh JPJ sejak Oktober 2020.

Bezanya, JPJ mySIKAP memerlukan pengguna mengambil sendiri lesen yang sudah diperbaharui di kaunter JPJ berhampiran. Manakala MyEG pula menawarkan pilihan untuk anda mengambilnya sendiri di pejabat atau cawangan MyEG berhampiran. MyEG juga menyediakan pilihan untuk menghantarkannya terus ke alamat anda dengan kadar bayaran yang telah ditetapkannya.

Tidak dapati dipastikan pada ketika ini sama ada JPJ ingin membangunkan aplikasi baharu atau mengintegrasikannya dengan aplikasi sedia ada seperti MyJPJ.

Selain melalui portal dalam talian, pengguna kenderaan bermotor di Malaysia juga boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan di cawangan-cawangan JPJ, UTC, Pejabat Pos Malaysia dan kiosk eServices.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.