Utama Android iQOO iQOO 12 dan iQOO 12 Pro dilancarkan secara secara rasminya

iQOO 12 dan iQOO 12 Pro dilancarkan secara secara rasminya

43
0

Sub-jenama Vivo, iQOO baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar generasi baahrunya di pasaran China melalui iQOO 12 dan iQOO 12 Pro. Kedua-dua model berkenaan menggunakan cipset mercu Qualcomm terkini disamping menawarkan ciri reka bentuk yang sama.

Apa yang membezakan model Pro dengan standard adalah pada paparan skrin melengkung AMOLED E7 6.78-inci beresolusi 1440 x 3200 piksel. Skrin berkenaan juga menawarkan kadar penyegaran semula 144Hz, kadar pemalapan PWM 1440Hz, kadar kecerahan puncak 3,000 nits dan pengimbas cap jari terbina bawah skrin.

Model ini boleh didapati dengan tiga pilihan warna iaitu versi hitam dengan permukaan kaca AG fluorite di belakangnya, versi merah dengan kemasan kulit vegan, dan warna putih edisi BMW Motorsport dengan kemasan kaca tembikar.

Seperti yang dinyatakan di awal perenggan tadi, iQOO 12 Pro dilengkapkan dengan Snapdragon 8 Gen 3 yang baharu sahaja dilancarkan. Ia juga didatangkan bersama-sama RAM LPRDDR5x dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB.

Turut disediakan bersama-sama di dalam perkakasannya cip Q1 yang dibangunkannya sendiri bagi menyokong permainan beresolusi 1080p pada 144Hz secara konsisten. Ia juga mampu memberikan peningkatan prestasi seperti kemasukan bingkai berlatensi rendah, superframe, dan super-resolution supersampling. Bagi memastikan telefon pintar ini tidak menjadi terlampau panas, sebuah ruangan kebuk 5,705mm² turut disediakan.

iQOO 12 Pro mempunyai bateri berkapasiti 5,100mAh yang menyokong pengeasan secara berwayar 120W, dan nirwayar 50W. Selain itu ia juga dioperasikan oleh Android 14 melalui antaramuka OriginOS 4 yang baharu. Juga disediakan pembesar suara stereo,  serta sokongan ketersambungan nirwayar Bluetooth 5.4, WiFi, dan NFC.

Pengimejan untuk iQOO 12

Untuk pengimejannya pula, telefon pintar model Pro ini menempatkan ruangan kamera yang besar mengandungi tri-kamera. Kamera-kamera tersebut terdiri daripada kamera OmniVision OV50H 50MP dengan OIS, kamera telefoto 64MP dengan zum optikal 3x, hibrid 10x dan digital 100x, serta sebuah lagi kamera ultra lebar 50MP dengan makro. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 16MP.

Seterusnya untuk model standard iQOO 12 yang menampilkan skrin dan permukaan belakang yang rata menggunakan panel AMOLED E7 6.78-inci dengan resolusi lebih rendah pada 2800 x 1260 piksel. Lain-lain ciri yang disediakan model ini sama dengan apa yang ditawarkan pada model Pro kecuali pada baterisnya. Bergantung pada variannya, model iQOO 12 ini didatangkan dengan pilihan bateri 5,000mAh atau 4,880mAh dengan pengecasan pantas melalui USB-C sahaja 120W.

Di China, siri iQOO 12 akan mula dijual bermula pada 14 November 2023. Model iQOO 12 Pro akan dijual pada harga CNY4,999 (~RM3,215) manakala model standard pula harganya bermula dari CNY3,999 (~RM2,572). Setakat ini tidak diketahui bilakah siri terbaru dari iQOO ini akan memasuki ke pasaran global termasuk Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.