iQOO secara rasminya telah melancarkan siri Z9 di pasaran Malaysia tidak lama selepas tempoh pra-tempahannya mula di buka. Siri berkenaan hadir yang dengan model standard, dan juga model Z9x ini menawarkan spesifikasi yang baik untuk sesebuah telefon pintar peringkat menengah.
Terlebih dahulu untuk iQOO Z9, telefon pintar ini menampilkan paparan AMOLED 1.5K 6.78-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, serta kecerahan puncak keseluruhan 1,200 nits dan kecerahan puncak 4,500 nits. Ia menggunakan pemprosesan Snapdragon 7 Gen 3 dengan storan 256GB dan RAM sehingga 12GB.
Seterusnya untuk iQOO Z9x pula, ia dilengkapakan dengan paparan LCD 1080p 6.72-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits. Di dalamnya, ia menggunakan pemprosesan Snapdragon 6 Gen 1 dengan storan 256GB dan RAM sehingga 12GB.
Kedua-dua model telefon pintar ini mempunyai penarafan kerintangan air dan debu IP64.
Untuk fotografinya pula, kedua-duanya juga mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor berkedalaman. Pada sebelah hadapannya terdapat kamera 16MP bagi model Z9 dan kamera 8MP untuk kamera Z9x. Selain itu, kedua-dua model ini turut dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 6,000mAH dengan pengecasan 80W disokongan untuk model iQOO Z9, dan sokongan pengecasan 44W untuk model iQOO Z9x.
Harga iQOO Z9 dan iQOO Z9x di Malaysia
iQOO Z9 dijual pada harga bermula dari RM1,399 untuk varian 8GB+256GB dan RM1,499 varian 12GB+256GB. Manakala iQOO Z9x pula, ia dijual pada harga dari RM1,099 untuk varian 8GB+256GB dan RM1,199 untuk varian konfigurasi 12GB+256GB, juga terdapat varian RAM 8GB yang dijual pada harga RM999 di Shopee.