Utama Android iQOO iQOO 13 secara rasminya tiba di pasaran Malaysia; Harga dari RM3,499

iQOO 13 secara rasminya tiba di pasaran Malaysia; Harga dari RM3,499

161
0

vivo secara rasminya telah melancarkan iQOO 13 di Malaysia, telefon pintar mercu terkini dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite. Sama seperti model sebelumnya, ia merupakan salah satu model telefon pintar berharga mampu milik di pasaran yang menawarkan dua konfigurasi memori.

Untuk paparannya, telefon pintar ini menggunakan skrin AMOLED LTPO 6.82-inci dengan kadaar penyegaran semula skrin 144Hz, kecerahan puncak 1,800 nits, dan kecerahan puncak HDR 4,500 nits.

Di dalamnya pula ia menggunakan pemprosesan mercu terkini dari Qualcomm dengan cip khusus permainan vivo Q2 bersama-sama RAM sehingga 16GB dan storan 512GB. Ia juga mempunyai penarafan kerintangan debu dan air IP68/69.

Dari sudut fotografinya, kamera belakangnya menampilkan tri-kamera 50MP yang mengandungi kamera utama dengan OIS, kamera telefoto zum optikal 2X dengan OIS, dan kamera ultra-lebar. Pada sebelah hadapannya pula disediakan kamera 32MP. Baterinya pula lebih besar dengan kapasiti 6,150mAh dengan sokongan pengecasan 120W.

Telefon pintar ini juga menyokong 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, dan NFC dengan perisiannya pula menampilkan antaramuka Funtouch OS 15 berasaskan Android 15 yang turut didatangkan bersama-sama ciri Circle To Search. Terdapat pengimbas cap jari terbina bawah paparan ultrasonik dan gegelung cahaya LED pada belakangnya untuk pemberitahuan notifikasi dan juga gimik-gimik lain.

iQOO 13 dijual pada harga bemrula dari RM3,499 untuk varian 12GB +256GB dan untuk varian 16GB+512GB pula harganya RM3,699 menerusi Shopee dan Lazada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.