Utama Telco Celcom Beberapa Kawasan di Pahang, Terengganu alami Gangguan Perkhidmatan Celcom

Beberapa Kawasan di Pahang, Terengganu alami Gangguan Perkhidmatan Celcom

136
0

Bagi anda yang mengalami sambungan talian mudah alih yang tidak stabil di Pahang dan Terengganu pada talian Celcom anda, CelcomDigi telah mengesahkan terdapat insiden kebakaran kecil awal pagi tadi yang menyebabkan gangguan pada rangkaiannya.

Menurut CelcomDigi, insiden ini telah menyebabkan kira-kira 210,000 pelanggan Celcom di dua buah negeri berkenaan mengalami gangguan perkhidmatan melibatkan suara, SMS, dan data internet. Setakat ini, perkhidmatan seperti suara, SMS dan isian semula telah mula pulih secara berperingkat di sesetengah kawasan.

CelcomDigi sedang berusaha melaksanakan kerja-kerja pembaikan sepenuhnya secepat mungkin. Maklumat lanjut mengenai pemulihan perkhidmatan akan disampaikan dari semasa ke semasa menerusi laman web dan media sosial rasmi CelcomDigi.

Dalam pada masa yang sama, CelcomDigi juga memohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas akibat gangguan ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.