Utama Apple iPhone 15 Pro dijangka akan tawarkan pilihan storan dari 256GB hingga 2TB

iPhone 15 Pro dijangka akan tawarkan pilihan storan dari 256GB hingga 2TB

451
0
iPhone 15 Pro 2TB

iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max dijangka akan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding siri iPhone 14 Pro. Harga berkenaan bagaimanapun bergantung pada kapasiti storan yang akan ditawarkan.

Sebelum ini iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max bermula dari 128GB, seterusnya 256GB dan 512GB sehinggalah 1TB maksimum. Baru-baru ini di laman media sosial China, Weibo, pengguna Red Lotus Technology berkongsikan maklumat yang mengatakan 15 Pro akan menawarkan storan dari 256GB hingga storan 2TB.

Seorang blogger dari Korea Selatan yeux1122 juga mengatakan hal yang sama berkenaan storan maksimum 2TB, namun tidak menyatakan mengenai storan paling kecilnya.

Berdasarkan laman web Apple Store, iPhone 14 Pro berkapasiti storan 256GB dijual pada harga RM5,799 dengan harga untuk kapasiti 1TB pula berharga RM7,799.

Mungkin, harga yang akan ditawarkan untuk iPhone 15 Pro kelak akan ditawarkan pada harga yang lebih kurang sama seperti itu. Jika ada peningkatan pun, mungkin pada pilihan storan 2TB.

Pun begitu, masih terlalu awal untuk membuat telahan mengenai iPhone 15 Pro ini selagi Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasminya. Berdasarkan perkembangan ekonomi semasa dan juga rantaian bekalan teknologi, kita tidak dapat menolak kemungkinan harganya nanti akan naik untuk pasaran di luar Amerika Syarikat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.