Utama Mobile Telco Semua Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Sokong Pakej 5G RAHMAH, Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam

Semua Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Sokong Pakej 5G RAHMAH, Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam

314
0
Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam Pakej 5G Rahmah Telco

Rentetan dari pengumuman oleh Menteri Komunikasi dan Digital berhubung Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam semalam, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan menyatakan sokongan terhadap inisiatif kerajaan tersebut.

Syarikat-syarikat yang menyatakan sokongan tersebut adalah:

  • CelcomDigi
  • Maxis
  • Telekom Malaysia (unifi mobile)
  • U Mobile
  • YTL Communications (Yes)

Di dalam kenyataan rasminya, penyedia perkhidmatan telekomunikasi memberikan komitmen menyokong kerangka Ekonomi MADANI menerusi pakej dan peranti mampu milik. Kerjasama erat juga akan diperkukuhkan bagi merapatkan jurang digital dan teknologi di kalangan rakyat. Dua plan RAHMAH berkenaan akan dilancarkan pada 31 Ogos 2023.

Para pengguna juga digalakkan untuk membuat semakan di laman web penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mengetahui pelan-pelan yang disediakan.

Berdasarkan pengumuman semalam, satu pakej pascabayar 5G RAHMAH 60GB pada harga serendah RM60 sebulan, bersama-sama telefon pintar 5G berharga serendah RM240. Untuk 100,000 pelanggan pertama dari kelompok B40 pula boleh mendapatkannya pada harga serendah RM120.

Untuk Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam pula akan menawarkan rebat RM10 sebulan untuk kelompok sasar berkenaan. Rebat ini layak untuk mana-mana pakej pascabayar yang sedia ada sebagai salah satu usaha Kerajaan Perpaduan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.