Utama Android Samsung Perbezaan Galaxy S22 Ultra vs Galaxy S23 Ultra

Perbezaan Galaxy S22 Ultra vs Galaxy S23 Ultra

1874
0

Kebanyakan pengguna yang berhasrat menaik taraf dari Galaxy S22 Ultra kepada S23 Ultra mungkin tertanya-tanya, adakah berbaloi untuk mendapatkan Samsung Galaxy S Ultra keluaran tahun ini? Apakah perbezaan di antara Galaxy S22 Ultra dengan Gaalxy S23 Ultra.

Berdasarkan pandangan saya, sebenarnya beza antara kedua-dua peranti mercu ini agak banyak sungguhpun luarannya kelihatan lebih kurang sama.

Rekaan

Macam biasa, kita bincang mengenai rekaannya terlebih dahulu. Sebagaimana yang diterangkan di dalam ulasan sebelum ini, Galaxy S23 Ultra kurang melengkung bahagian sisinya. Ia seterusnya membolehkan kita memberikan pegangan yang lebih kemas.

Secara perbandingan, bahagian sisi Galaxy S22 Ultra pula lebih membulat dan mungkin memberikan rasa agak licin ketika dipegang.

Untuk itu, jika anda menaik taraf dari S22 Ultra kepada S23 Ultra, anda mungkin tidak boleh menggunakan semula selongsongnya. Lagipun, S23 Ultra juga sedikit besar dari segi ukuran keseluruhannya, selain kedudukan kamera belakangnya berbeza sedikit berbanding S22 Ultra.

Pilihan warna yang ditawarkan juga berbeza. Galaxy S23 Ultra menawarkan 8 warna untuk dipilih dengan empat warna biasa iaitu Phantom Black (hitam), cream (putih), hijau dan Lavender (unggu). Manakala empat warna pilihan lagi eksklusif pembelian menerusi atas talian di Samsung.com iaitu red, lime, sky blue, dan graphite.

Skrin paparan

Paparan antara kedua-dua telefon pintar Samsung Galaxy S Ultra ini tidak banyak bezanya. Baik dari segi resolusi, kadar penyegaran semula skrin maksimum, kejituan warna dan juga tahap kecerahannya adalah sama.

Apa yang membezakan antara kedua-duanya adalah pada kelengkungan pada bahagian sisi kiri dan kanan paparan skrinnya.

Prestasi

Seterusnya untuk perbezaan prestasi, kami menguji dengan memainkan Genshin Impact pada tetapan grafik tertinggi pada kadar penyegeran semula skrin 60 fps. Didapati pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 pada Galaxy S22 Ultra tidak mampu bertahan untuk tempoh yang panjang pada tahap permintaan prestasi tinggi sedemikian. Isu peranti menjadi panas dan menjadi kurang selesa untuk dipegang ini juga mempengaruhi pemprosesan ini untuk mengekalkan momentum prestasinya.

Untuk Samsung Galaxy S23 Ultra pula, ia hadir dengan dua penambahbaikan yang penting untuk prestasi permainan video mudah alih. Salah satunya tentulah pada penggunaan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy. Selain itu Samsung juga menyediakan sistem penyejukan dalaman yang telah diperluaskan bagi membolehkan ia tidak cepat panas ketika kuasa pemprosesannya digunakan pada paras tinggi.

Selain itu, aplikasi Game Plugins juga kini tersedia untuk dimuat turun pada Galaxy S23 Ultra. Namun, memandangkan telefon pintar ini sudah pun melakukan render pada resolusi tertinggi secara lalai (default), penggunaan aplikasi ini tidak memberikan sebarang perbezaan dalam prestasi.

Turut diperkenalkan ciri Battery Bypass yang membolehkan bateri Galaxy S23 Ultra tidak dicaskan ketika memainkan permainan mudah alih.

Ketika ciri ini diaktifkan, peranti berkenaan akan menggunakan tenaga terus dari adapter pengecasan dan tidak akan mengecas baterinya pada ketika itu. Ini membolehkan Galaxy S23 Ultra tidak menjadi amat panas apabila ia dimainkan sambil sedang dicaskan.

Ciri ini juga hanya diaktifkan ketika permainan sedang dimainkan dan ia akan kembali normal selepas Galaxy S23 Ultra tidak digunakan untuk memainkan permainan mudah alih.

Kamera

Samsung Galaxy S23 Ultra vs S22 Ultra CameraKedua-duanya juga menawarkan kamera yang hampir sama dan dibezakan pada kamera utamanya. Berikut adalah perbezaan di antara kedua-dua kamera Galaxy S22 Ultra dengan Galaxy S23 Ultra.

Jenis kameraGalaxy S22 UltraGalaxy S23 Ultra
Kamera depan40MP (PDAF), f2.212MP (2PD AF), f2.2
Kamera belakang108MP f1.8 primary, 12MP f2.2 ultra-wide, 10MP f2.4 3X telephoto, 10MP f4.9 10X telephoto200MP f1.7 primary, 12MP f2.2 ultra-wide, 10MP f2.4 3X telephoto, 10MP f4.9 10X telephoto

Memandangkan Galaxy S23 Ultra didatangkan dengan pemprosesan isyarat imej (image signal processor) ISOCELL 200MP baharu, kualiti imej yang dihasilkan dijangka akan bertambah baik berdasarkan kemaskini yang disediakan oleh Samsung kelak.

Keupayaan bateri

Menurut Samsung, keupayaan bateri untuk Samsung Galaxy S23 Ultra kini ditambah baik. Antaranya kaedah yang digunapakai termasuklah pengoptimasian pada tahap penggunaan tenaga baterinya.

Tahap baterinya mengikut ujian bateri PCMark dengan tahap kecerahan pada 100 nits mampu mencecah sehingga 13 jam. Angka ini merupakan satu peningkatan berbanding Galaxy S22 Ultra sebelum ini yang mampu mencapai sekitar 9 jam 30 minit.

Adakah berbaloi untuk naik taraf dari Galaxy S22 Ultra kepada Galaxy S23 Ultra?

Samsung Galaxy S22 Ultra vs S23 UltraSewajarnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, anda mungkin tidak perlu menukar ganti telefon pintar mercu anda saban tahun. Namun, untuk Galaxy S23 Ultra ini, ia sememangnya menawarkan penambahbaikan dari segi prestasi dan juga fungsi dalamannya.

Untuk anda penggemar pemain permainan mudah alih yang berkeperluan grafik tinggi seperti Genshin Impact, Galaxy S23 Ultra lebih dari mampu memberikan kenikmatan dan kepuasan ketika memainkannya.

Hal ini banyak disumbangkan oleh penggunaan cipset pada Galaxy S23 Ultra berbanding Galaxy S22 Ultra. Keupayaan untuk mengekalkan prestasi tinggi untuk tempoh yang lebih panjang sememangnya amat penting ketika memainkan permainan mudah alih.

Selain memberikan kelebihan buat para ‘gamers’, telefon pintar ini juga turut menawarkan manfaat kepada fotografer dan juga pembikin kandungan video. Ia seterusnya mungkin dapat menguatkan pertimbangan untuk anda menaik taraf dari S22 Ultra kepada S23 Ultra.

Dalam pada masa yang sama, Samsung turut memberikan tawaran tukar ganti Samsung Galaxy S22 Ultra untuk pembelian Samsung Galaxy S23 Ultra. Menerusi program ini, anda mendapatkan Samsung Galaxy S23 Ultra pada harga yang menarik.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.