Utama Apple iPhone 14 Pro dikatakan bakal hadir dengan paparan dwi-berpenebuk lubang berdasarkan Lukisan...

iPhone 14 Pro dikatakan bakal hadir dengan paparan dwi-berpenebuk lubang berdasarkan Lukisan Skematik yang tertiris

562
0
Tertiris iphone-14-schematic

Sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan iPhone 14 bakal hadir dengan paparan hadapan berpenebuk lubang berbentuk pil, menggantikan takuk.

Dalam pada masa yang sama, terdapat dakwaan lain yang mengatakan ruangan berpenebuk lubang berkenaan akan menempatkan kamera hadapannya.

Maklumat yang tertiris dari Weibo menunjukkan apa yang didakwa sebagai lukisan skematik paparan hadapan iPhone 14. Sebagaimana yang dikongsikan, ia mempunyai ruangan berbentuk pil dan juga berpenebuk lubang.

Jon Prosser, seorang lagi pentiris tegar maklumat turut mendakwa lukisan skematik ini adalah tulen berdasarkan sumber dalaman yang dipercayainya. Boleh jadi, rekaan dan saiz berdasarkan maklumat ini mungkin tepat.iPhone 14 Schematic Cutout

Menariknya, rekaan baharu ini mungkin tidak merangkumi kesemua model-model iPhone 14. Menurut Ross Young, rekaan baharu ini mungkin digunakan pada iPhone 14 Pro atau iPhone 14 Pro Max.

Bagaimanapun, kesemua model iPhone 15 pada tahun depan akan menampilkan rekaan sedemikian.

Pun begitu, tiada jaminan maklumat-maklumat yang ditiriskan ini akan tepat 100%, walaupun sumber-sumber ini pernah menyampaikan maklumat yang didapati betul.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.