iPhone 14 mempunyai cip Qualcomm untuk berkomunikasi dengan satelit. Cip berkenaan mempunyai komponen tambahan yang diubahsuai oleh Apple untuk ciri unik baharu pada iPhone 14, menurut analisis dari iFixit.
Apple telah melancarkan siri iPhone 14 pada Jumaat minggu lepas. Salah satu ciri utama baharu yang diperkenalkan adlaah keupayaan menyambung ke satelit bagi menghantar mesej kecemasan dalam keadaan ketiadaan sambungan WiFi atau data selular.
Awal bulan ini Apple pernah menyatakan model-model iPhone 14 akan mempunyai perkakasan yang membolehkan perkhimdatan permesejan kecemasan digunakan. Apple merancang untuk mengaktifkannya dengan kemaskini perisian menjelang November ini. Tiada maklumat terperinci mengenai apakah perkakasan untuk berhubung dengan satelit berkenaan dinyatakan oleh Apple setakat ini.
iFixit, sebuah firma dari California, A.S. yang biasa menanggalkan iPhone dan juga pelbagai peranti elektronik pengguna lain baru-baru ini telah menanggalkan iPhone 14 Pro Max. Menerusi aktiviti tersebut, didapati iPhone 14 tersebut menggunakan cip modem Qualcomm X65 untuk fungsi komunikasi dengan satelit berkenaan.
Cip Qualcomm menyediakan sokongan sambungan 5G untuk rangkaian selular. Namun ia juga mampu menggunakan jalur frekuensi n53 yang digunakan oleh satelit dari Globalstar.
Globalstar awal bulan ini telah mengumumkan perjanjian dengan Apple yang melibatkan pengambilan 85% kapasiti rangkaian satelit Globalstar bagi membolehkan ciri menghantar mesej kecemasan Apple digunakan.
Menerusi kenyataan kepada Reuters semalam, Apple menyebut terdapat perkakasan dan perisian proprietari tambahan di dalam iPhone 14 untuk ciri permesejan baharu tersebut.
“iPhone 14 includes custom radio frequency components, and new software designed entirely by Apple, that together enable Emergency SOS via satellite on new iPhone 14 models,”