Utama Apple Apple dijangka akan melancarkan iPad Pro dengan paparan OLED dan storan 4TB...

Apple dijangka akan melancarkan iPad Pro dengan paparan OLED dan storan 4TB pada 2024

309
0
Apple iPad Pro M1

iPad Pro merupakan salah satu tablet terbaik yang ditawarkan di pasaran buat masa ini. Ia boleh digunakan bagi tujuan tugasan berproduktiviti terutama bagi anda yang sudah membiasakan diri menggunakan peranti iPadOS.

Pun begitu, sesetengah pengguna berpendapat tablet ini mempunyai kekurangan dari segi kualiti paparan skrin dan juga kapasiti storan yang ditawarkannya..

Atas sebab itu, Apple dikatakan telah mengambil maklum mengenai isu tersebut dan sedang mengusahakan model baharu yang memberikan penawaran yang lebih baik dari segi kualiti skrin dan saiz storannya.

https://twitter.com/Tech_Reve/status/1698184260669358256?s=20

Berdasarkan info dari pentiris maklumat Revegnus, Apple dijangka akan melancarkan iPad Pro pada tahun hadapan dengan pilihan storan 4TB. Buat masa ini, iPad Pro menawarkan pilihan storan 128GB, 256GB, 512GB, 1TB dan 2TB. Ini bermakna iPad Pro varian tahun hadapan mempunyai storan dua kali ganda dari model sekarang ini.

Oleh kerana Apple telah pun mula menawarkan Final Cut Pro dan Logic Pro untuk pengguna iPad, pilihan kapasiti storan sehingga 4TB ini dijangka mampu menjadi nilai tambah buat tablet berkenaan.

Bercakap mengenai nilai tambah, Apple juga dikatakan akan menawarkan panel skrin OLED pada model iPad baharu berkenaan. Jika benar, ia akan menggantikan paparan min-LED yang dilengkapkan pada model iPad Pro terdahulu. Dari segi kos pembuatan, mini-LED lebih mahal jika dibandingkan dengan OLED.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.