Utama Android vivo Pelancaran vivo V29 dijangka akan dilancarkan di Pasaran Global 7 September ini

Pelancaran vivo V29 dijangka akan dilancarkan di Pasaran Global 7 September ini

71
0
vivo V29

vivo dijangka akan melancarkan telefon pintar peringkat menengahnya yang baharu menerusi model vivo V29. Berdasarkan maklumat yang tertiris di arena web, telefon pintar berkenaan dijangka akan dilancarkan pada Khamis ini, 7 September 2023.

Pengguna X (Twitter) Paras Guglani mendakwa V29 dijangka akan diperkenalkan di pasaran India dan kemudian ke peringkat global pada tarikh tersebut. Sebelum ini pengguna berkenaan pernah berkongsikan imej pengolokan telefon tersebut serta moto pemasarannya “Aura Light Portrait” dan “Train the Trainers”.

 

Imej pengolokan peranti berkenaan juga ditunjukkan dengan warna ‘beige’ bersama-sama modul-modul kamera yang disusun secara menegak di dalam ruangan segi empat tepat di belakangnya.

Tiada kenyataan rasmi dari vivo berhubung pelancaran telefon pintar ini setakat ini dan segala desas-desus mengenainya dijangka terjawab pada Khamis ini.

SUMBERParas Guglani
Artikel sebelum iniApple dijangka akan melancarkan iPad Pro dengan paparan OLED dan storan 4TB pada 2024
Artikel seterusnyaiQOO Z7 Pro dilancarkan; Hadir dengan Pemprosesan Dimensity 7200, Kamera 64MP
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.