Utama Perkakasan Nvidia Nvidia henti menyokong Windows 7 dan Windows 8 Oktober nanti

Nvidia henti menyokong Windows 7 dan Windows 8 Oktober nanti

455
0

Nvidia sedang merancang untuk menghentikan sokongan untuk Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1 dalam tahun ini. Driver untuk Nvidia kelak akan hanya disediakan untuk Windows 10 sahaja Oktober nanti.

Hanya kemaskini keselamatan kritikal sahaja yang disediakan untuk Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1 sehingga September 2024.

Microsoft sebelum ini sudah pun menghentikan sokongan untuk Windows 7 dan Windows 8, dengan sokongan untuk Windows 8.1 dilanjutkan sehingga Januari 2023.

Menurut Nvidia, kebanyakan penggunanya telah beralih ke sistem operasi Windows 10. Oleh itu, bagi meningkatkan mutu dan kecekapan perkhidmatannya, langkah memfokuskan pada Windows 10 adalah sesuatu yang amat wajar dilakukan.

Kini terdapat sejumlah 1.3 bilion peranti Windows 10 yang aktif, dengan tinggal segelintir sahaja Windows 7 masih lagi digunakan di seluruh dunia. Statcounter menganggarkan penggunaan Windows 7 adalah sekitar 15 peratus dari seluruh jumlah pengguna Windows.

Windows 10 menguasai bilangan penggunaan di Steam dengan 93 peratus, manakala Windows 7 pula kini kurang dari 2 peratus. Microsoft juga sedang merancang untuk melancarkan Windows versi baharunya sekitar Oktober ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.