Utama Apple Apple dijangka perkenalkan Perkhidmatan Sewa iPhone dalam tahun ini

Apple dijangka perkenalkan Perkhidmatan Sewa iPhone dalam tahun ini

953
0
iphone-14-pro-promax-back

Apple baharu sahaja memperkenalkan siri iPhone 14 dan pra-tempahannya telah pun dibuka dengan penerimaan oleh pengguna dijangka sekitar Oktober ini. Acara pelancaran tersebut bagaimanapun tidak mengumumkan perkhidmatan langganan peranti iPhone dan iPad yang dikatakan akan ditawarkan bersama-sama Apple One.

Menerusi laman pojok di Bloomberg, Power On, penulisnya Mark Gurman menyebut perkhidmatan ini masih lagi belum tersedia buat masa ini, namun dijangka akan hadir sekitar hujung tahun ini.

Perkhidmatan melanggan peranti iPhone ini pertama kali dilaporkan oleh Bloomberg pada Mac lalu. Menurut laporan, langkah ini merupakan salah satu usaha Apple meningkatkan jumlah jualan secara konsisten.

Dijangkakan perkhidmatan ini akan disertakan bersekali dengan Apple One dan AppleCare. Buat masa ini, AppleCare dan Apple One ditawarkan secara berasingan. Perkhidmatan AppleCare disediakan kepada pengguna yang membeli iPhone menerusi iPhone Upgrade Program.

The program would differ from an installment program in that the monthly charge wouldn’t be the price of the device split across 12 or 24 months. Rather, it would be a yet-to-be-determined monthly fee that depends on which device the user chooses.

The company has discussed allowing users of the program to swap out their devices for new models when fresh hardware comes out. It historically releases new versions of its major devices, including the iPhone, iPad and Apple Watch, once a year.

Mark Gurman juga menjelaskan pihak Apple sedang giat menguji perkhidmatan baharu ini:

The company is indeed still working on a hardware subscription service that will integrate with its Apple One bundles. Apple is actively testing this new service, and I do expect it to launch either later this year or next year.”

Sebab mengapa Apple tidak mengumumkan perkhidmatan langganan peranti bersama-sama pelancaran iPhone 14 ini adalah bagi mempermudahkan perjalanan acara pelancaran tersebut.

Menjelang pelancaran iPad dan komputer Mac yang dijangka diadakan pada bulan hadapan, ini merupakan waktu yang tepat untuk Apple mengumumkan perkhidmatan langganan ini bagi meningkatkan jumlah jualan pada musim cuti hujung tahun nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.