Utama Apple Apple sediakan kemaskini iOS 16.0.2 bagi atasi masalah Kamera iPhone 14 Pro...

Apple sediakan kemaskini iOS 16.0.2 bagi atasi masalah Kamera iPhone 14 Pro bergetar & salin-tampal

488
0
iOS 16.0.2-iPhone-14-Pro

Apple telah melancarkan siri iPhone dan sistem operasi terkininya pada awal bulan ini dan didapati ia mempunyai beberapa ralat yang telah diketemukan oleh penggunanya. Apa yang bagusnya, Apple segera mengenalpasti masalah tersebut dan menawarkan pembaikannya melalui kemaskini iOS 16.0.2.

Salah satu masalah yang boleh diselesaikan oleh kemaskini ini melibatkan ketersesuaian iPhone 14 Pro dengan aplikasi pihak ketiga yang menggunakan kameranya seperti Instagram, TikTok dan Snapchat.

Pengguna mendapati apabila aplikasi-aplikasi berkenaan dibuka dan menggunakan kamera belakang iPhone 14 Pro, kamera berkenaan bergetar secara berterusan sambil mengeluarkan bunyi.

Menerusi nota pembaikan yang disertakan, Apple menyatakan kemaskini ini membaiki masalah kamera bergetar dan menghasilkan foto kabur apabila menangkap menggunakan aplikasi pihak ketiga pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.iPhone-14-Pro-Rear Camera Shaking

Apple bagaimanapun tidak memperincikan punca ia berlaku. Namun, terdapat kemungkinan aplikasi-aplikasi tersebut tidak dapat menyesuaikan dengan sistem penstabil imej optikal iPhone 14 Pro hingga menyebabkan getaran pada kameranya berlaku.

Satu lagi masalah yang diselesaikan oleh kemaskini ini adalah prom keizinan yang sentiasa muncul apabila pengguna cuba menyalin dan menampal kandungan antara aplikasi.

Pengurus Kanan Apple Ron Huang sebelum ini mengakui keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya menyelesaikan isu tersebut melalui kemaskini terbaru ini.

iOS 16.0.2 juga akan mengatasi masalah-masalah ralat lain seperti paparan menjadi gelap ketika tetapan dilakukan dan input sentuhan tidak boleh digunakan pada sesetengah paparan iPhone X, iPhone XR dan iPhone 11 selepas diservis.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.