Utama Apple Kamera iPhone 14 Pro dilaporkan bergoncang dan bergetar di dalam aplikasi seperti...

Kamera iPhone 14 Pro dilaporkan bergoncang dan bergetar di dalam aplikasi seperti TikTok, Instagram, Snapchat pada sesetengah pengguna

695
0
iPhone-14-Pro-Rear Camera Shaking

Tidak lama selepas pelancaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, segelintir pengguna awal peranti ini mendapati lensa utama kamera belakangnya bergetar-getar aapbila ia dibuka di dalam aplikasi seperti TikTok, Instagram dan Snapchat. Ia seterusnya mengakibatkan rakaman video yang bergegar. Masalah ini bagaimanapun tidak berlaku pada aplikasi Camera yang terbina di dalam iPhone.

Masalah ini telah dilaporkan oleh pengguna-pengguna menerusi TwitterReddit, dan TikTok, sejak iPhone 14 Pro mula dilancarkan pada Jumaat dua minggu yang lalu. Tidak dapat dipastikan berapa ramai pengguna yang terkesan dan apakah yang menyebabkan punca ia berlaku.

Lensa utama model iPhone 14 Pro menampilkan penstabil imej optikal penukaran sensor “generasi kedua”. Kemungkinan ia berlaku disebabkan oleh penstabil menjadi bermasalah disebabkan oleh ralat pada perisian.

Seorang Youtuber Luke Miani juga mengalamai masalah yang sama pada salah satu iPhone 14 Pro Max yang sedang beliau uji. Video masalah tersebut yang dikongsikan menunjukkan lensa utama iPhone 14 Pro tersebut bergetar tanpa kawalan.

Menurut beliau, insiden ini disebabkan oleh lensa tersbeut tidak boleh memfokuskan dengan betul ketika digunakan. Ia juga dikatakkan turut berlaku pada aplikasi Camera. Beliau seterusnya membawakan iPhone tersebut ke Apple Store dan boleh menukarkannya dengan yang baharu.

Jika masalah ini berkaitan dengan ralat perisian, Apple mampu membaikinya menerusi iOS 16.1 beta. Sehingga masalah ini dapat diselesaikan, pengguna iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max mungkin perlu mengelak dari membuka TikTok, Instagram dan Snapchat bagi mengelakkan masalah kerosakan yang lebih teruk pada sistem kamera berkenaan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.