Utama Perkakasan Nvidia NVIDIA sahkan kemaskini Windows 11 22H2 jadi punca masalah prestasi

NVIDIA sahkan kemaskini Windows 11 22H2 jadi punca masalah prestasi

480
0
Windows 11 Start

Windows 11 22H2 mempunyai masalah dengan kad grafik NVIDIA GeForce, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh NVIDIA. Turut dinyatakan, kemaskini pembaikan untuk masalah tersebut turut dijanjikan akan dikeluarkan.

Masalah kemaskini tersebut turut mengakibatkan BSOD, FPS yang rendah dan juga memberikan kesan pengurangan prestasi yang ketara pada sesetengah sistem seperti yang dilaporkan di dalam Reddit dan juga Feedback Hub.

Jurucakap NVIDIA mengesahkan pihaknya mengambil maklum pengguna mungkin mengalami kesan kemerosotan prestasi pada sesetengah permainan apabila menggunakan terbitan awal kemaskini Windows 11 22H2 pada sistem operasi yang dikuasakan oleh kad grafik GeForce.

NVIDIA dan Microsoft telah mengenalpasti isu tersebut dengan “graphics debugging tools” yang ditambah ke dalam Windows 11 22H2. Kedua-duanya sedang berkerjasama erat untuk menerbitkan kemaskini pemacu bagi mengatasi masalah prestasi ketika memainkan permainan.

Ciri di dalam Windows 11 22H2 didakwa NVIDIA secara tidak sengaja dihidupkan dan mengakibatkan masalah prestasi seperti kadar bingkai yang rendah pada sesetengah permainan.

Buat masa ini, kemaskini berkenaan sedang diterbitkan dalam bentuk beta dari laman web rasmi NVIDIA. Berikut adalah log perubahan berkaitan dengan kemaskini tersebut:

  • Fixed issues with the in-game overlay for games such as Farming Simulator 22, Cyberpunk 2077, PUBG: BATTLEGROUNDS, and F1 2021.
  • Fixed issues with desktop notification for rewards.
  • Fixed an issue where Alt+F12 hotkey was unusable in other apps.
  • Fixed an issue where performance overlay resets to Basic after a system reboot or starting.
  • Fixed an issue where the system restarts automatically after self-update.

Masalah ralat ini terkesan kepada pengguna awal Windows 11 22H2 dan kebanyakannya melibatkan para pemain-pemain permainan berkomputer. Kesan kemerosotan prestasi ini mungkin memberi kesan terhadap aplikasi suntingan video, namun tidak begitu ketara.windows-11-2022 Update

Tangguh kemaskini Windows 11 22H2 buat masa sekarang

Para pengguna Windows 11 terutamanya yang menggunakan kad grafik NVIDIA mungkin perlu menangguhkan sementara hasrat memasang kemaskini ini untuk sekurang-kurangnya sebulan.

Sungguhpun Microsoft mengadakan Windows Insider Program yang melibatkan jumlah pengguna yang ramai bagi tujuan menjejak dan melaporkan sebarang ralat, sesetengah ralat mungkin mengambil masa yang agak lama untuk dibaiki.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.