Utama Internet Sekumpulan Penyelidik Pecah Rekod Kelajuan Internet Dunia dengan 1 petabit per saat...

Sekumpulan Penyelidik Pecah Rekod Kelajuan Internet Dunia dengan 1 petabit per saat – 8 juta kali lebih pantas dari Internet Malaysia

139
0

Sekumpulan penyelidik di National Institute of Information and Communications Technology (NICT) di Jepun telah melakukan demonstrasi pemindahan data berkelajuan 1 petabit per saat menggunakan gentian berbilang teras (MCF) piawai berdiameter 0.125 mm, lapor TechXplore.

Kelajuan tinggi yang dapat dicapai oleh para penyelidik salah satunya adalah penggunaan kabel gentian kaca empat teras, berbanding kebiasaannya kini yang menggunakan satu teras.

Pada Disember 2020, para penyelidik di NICT pernah melakukan demonstrasi pemindahan data petabit menggunakan 15 mod di dalam satu teras. Bagaimanapun, untuk menjadikan pemindahan data ini dapat dilakukan dengan lebih cekap, ia memerlukan pemprosesan isyarat dijalankan secara MIMO (Multiple-input-multiple-output).

Keperluan untuk mendapatkan informasi pada kadar pantas kian mendesak dan permintaan untuk menjadikan peranti-peranti yang digunakan mempunyai sambungan yang lebih pantas memerlukan teras pemindahanan data yang lebih maju.

Awal tahun ini, sambungan internet berkelajuan 10Gbps dilaporkan kian menjadi nyata dan kini para penyelidik di National Institute of Information and Communications Technology (NICT) Jepun telah melakukan demonstrasi pemindahan data berkelajuan petabit.

Dunia komunikasi juga telah mengorak langkah besar apabila beralih dari kabel tembaga kepada gentian optik. Kelajuan pemindahan data telah meningkat berkali-kali ganda dan infrastruktur gentian optik berkenaan juga telah berjaya membolehkan kita melakukan panggilan video dengan imej yang lebih jelas serta dapat menonton filem secara penstriman pada resolusi 4K.

Sebagai perbandingan, berdasarkan laporan Speedtest pada April baru-baru ini menyatakan purata kelajuan internet jalur lebar di Malaysia adalah sekitar 122.74Mbps. Oleh yang demikian, jika dibandingkan kadar kelajuan internet di Malaysia dengan rekod kelajuan internet terpantas di dunia adalah lebih kurang 8 juta kali ganda.

SUMBERTechXplore
Artikel sebelum iniSamsung perkenalkan Tali Peranti Edisi Khas Mamee Monster, AirAsia dan Inside Scoop untuk Peranti Galaxy
Artikel seterusnyaWhatsApp akan perkenalkan Fungsi Edit Semula Mesej yang telah dihantar
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.