Intel mengumumkan akan memperkenalkan cip pemprosesan superkomputer dengan kod nama Knights Landing, yang hadir dengan 72 teras untuk kegunaan komputer desktop. Cip pemprosesan ini akan mula dipasarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan.
Bagaimanapun, laman PC World melaporkan Intel akan memasarkan cip pemprosesan berkenaan ke komputer-komputer desktop dalam jumlah yang terhad.
Dari segi spesifikasi, ia berbeza dengan pemproses yang biasa digunakan pada komputer desktop. Kesemua teras-teras pemproses superkomputer ini dimuatkan pada satu kepingan silikon. Keupayaan pemprosesan cip superkomputer Knights Landing ini merupakan pemprosesan terpantas yang pernah dihasilkan oleh Intel pada skala pengeluaran.
Pemprosesan ini turut dimuatkan bersama-sama 16 GB memori MCDRAM ke dalam satu kad penambahan PCI-E. Sama keadaan fizikalnya seperti mana kad-kad GPU yang memuatkan pemprosesan grafik dari Nvidia dan AMD.
Kuasa perkakasan sebegini besar mampu menghasilkan satu pengiraan jitu pada kadar 8 teraflop. Menurut PC World, komputer desktop dengan kuasa pemprosesan superkomputer Knights Landing ini bakal digunakan oleh Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (U.S. Department of Energy).
Pemprosesan dengan kuasa perkomputeran yang semakin besar dari tahun ke tahun membolehkan lebih ramai pengguna dari kalangan penyelidik, professional, pekerja dan pelajar dapat memanfaatkannya untuk kegunaan seperti suntingan filem, penghasilan grafik, simulasi objek, CAD dan lain-lain.
-Sumber berita diperoleh dari PC World
nama pun dah hebat, pahlawan 🙂
72 core? umak aih… agak2 bape puluh ribu lah harganya kan? hmmm….