Utama Mobile Android Microsoft tangguh projek Aplikasi Android boleh digunakan pada Windows 10 Mobile

Microsoft tangguh projek Aplikasi Android boleh digunakan pada Windows 10 Mobile

835
2

Salah satu pengumuman besar sewaktu pelancaran Windows 10 adalah kebolehannya untuk menjalankan aplikasi-aplikasi Android di dalam versi mudah alih sistem operasi berkenaan. Bagaimanapun, buat masa ini kelihatan Microsoft telah menangguhkan pelaksanaan fungsi berkenaan.

Penangguhan ini turut menimbulkan spekulasi berkemungkinan besar Microsoft akan memansuhkan projek yang dikenali sebagai Project Astoria itu.

Pihak Microsoft telah memaklumkan kepada Recode bahawa mereka tidak meneruskan projek yang telah diumumkan pada April tahun ini. Walau bagaimanapun, jurucakap dari Microsoft tersebut tidak menerangkan dengan lebih lanjut sebab penangguhan pelaksanaan projek berkenaan.

Justeru menimbulkan spekulasi mengenai syarikat berpengkalan di Redmond tersebut tidak meneruskan rancangan berkenaan supaya dapat memberikan peluang kepada pengguna untuk menggunakan fungsi Windows 10 pada peranti mereka sepenuhnya.

“The Astoria bridge is not ready yet, but other tools offer great options for developers (Penghubung Astoria masih belum dapat disediakan lagi, namun alatan-alatan lain masih lagi menawarkan pilihan-pilihan menarik untuk para pembangun),” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Microsoft.  “We’re committed to offering developers many options to bring their apps to the Windows Platform. (Kami komited dalam menawarkan para pembangun pilihan-pilihan untuk membawakan aplikasi mereka ke platform Windows)”

Membenarkan aplikasi-aplikasi Android digunakan pada sistem operasi yang berbeza tentunya mendatangkan pelbagai risiko. Blackberry sudah cuba melakukannya bertahun-tahun dan segala percubaan dilihat gagal sehinggakan syarikat dari Kanada tersebut telah mengambil keputusan menggunakan Android pada peranti keluarannya.

-Sumber berita diperoleh dari Recode

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.