Utama Internet Ookla Speedtest sahkan U Mobile penyedia rangkaian internet mudah alih terpantas di...

Ookla Speedtest sahkan U Mobile penyedia rangkaian internet mudah alih terpantas di Malaysia

1242
1

U Mobile telah dianugerahkan sebagai penyedia rangkaian internet mudah alih terpantas di Malaysia oleh Ookla, sebuah syarikat khusus melakukan pengujian kelajuan internet jalur lebar dan aplikasi diagnosa rangkaian yang berasaskan laman web.

Kedudukan U Mobile sebagai penyedia rangkaian internet mudah alih terpantas adalah berdasarkan data yang dikumpulkan melalui aplikasi Speedtest.net dari Ookla yang turut boleh didapati menerusi Android dan juga iOS.

Lebih dari lima juta hasil ujian dikumpulkan setiap hari dan pengumpulan data berkenaan dilakukan sepanjang tempoh enam bulan. Data-data berkenaan kemudiannya dianalisa dan disahkan sebelum keputusannya diumumkan kepada khalayak.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck menjelaskan, ”Most recently, Ookla recognised U Mobile as having the fastest mobile network in Malaysia. It is testament that we are indeed providing the best mobile customer experience possible to all Malaysians. (Kini, Ookla telah mengakui bahawa U Mobile memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kami menyediakan pengalaman terbaik buat pelanggan mudah alih di kalangan rakyat Malaysia)”

Untuk meraikan kejayaan ini, U Mobile memberikan data 1 GB percuma kepada semua pelanggan-pelanggannya pada Disember ini. Promosi ini akan tamat pada 31 Disember 2015.

Sumber berita diperoleh dari Ookla

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.