Utama Komputer Intel Generasi Kesembilan Pemprosesan Intel akan dikenali sebagai Ice Lake

Generasi Kesembilan Pemprosesan Intel akan dikenali sebagai Ice Lake

800
0

Intel telah mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dalam mendedahkan nama pemprosesan pos-generasi kelapan. Chip pemprosesan Ice Lake akan dibina melalui proses 10nm+. Sesuatu yang tidak mengejutkan bagi yang sesiapa yang faham tentang bagaimana Intel menghasilkan sesuatu produk.

Pemprosesan Ice Lake Generasi Kesembilan (barangkali) akan menyusul selepas pusingan pertama chip 10nm pada Cannon Lake dan dijangkakan menjadi titik tengah pasaran pemprosesan Intel. Tambahan pula, keadaan agak mengelirukan sewaktu perubahan dari 14nm++ ke 10nm.

Pemprosesan Intel yang berada di pasaran pada masa ini, Generasi Ketujuh menggunakan kod nama Kaby Lake dan akan digantikan dengan Coffee Lake. Cara proses pembuatan juga berbeza yang mana ia berubah dari proses 14nm+ ke 14nm++.

Bagaimanapun, dijangkakan laptop pada 2018 bakal menggunakan chip pemprosesan Intel Cannon Lake 10nm dan untuk desktop pula perlu menunggu sehingga penghasilan Ice Lake untuk mendapatkan chip pemprosesan 10nm pada desktop.

Tidak dapat dipastikan mengapa Intel mengambil langkah sedemikian dan pihak dari AnandTech membuat spekulasi bahawa ia mungkin mempunyai kaitan dengan kadar keuntungan yang dibawakan oleh sektor pengeluarannya.

Sumber berita diperoleh dari AnandTech

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.