Utama Mobile RedONE perkenal Pelan Data baru untuk Pengguna Prabayar, Tawar Bonus Data Isian...

RedONE perkenal Pelan Data baru untuk Pengguna Prabayar, Tawar Bonus Data Isian Semula

2085
0

RedONE memperbaharui tawaran untuk pelan prabayar Beyond Prepaid dengan pelan data terbaru dan juga data percuma apabila membuat isian semula bagi akaun prabayar berkenaan. Bersama-sama dengan data percuma yang diberikan sebaik sahaja diaktifkan dan data percuma bulanan, pengguna berpeluang mendapatkan data sehingga 20.5GB dengan hanya RM50.

Pek permulaan RedONE Beyond Prepaid yang boleh didapati pada harga RM10, hadir dengan internet berkelajuan tinggi sebanyak 500MB dan 1GB internet asas sebaik sahaja pengguna mengaktifkan nombor berkenaan. Sama seperti penawaran yang diberikan sebelum ini, pengguna turut ditawarkan panggilan percuma ke nombor-nombor RedONE selain data bulanan percuma 1.5GB.

Bukan itu sajo, pengguna turut ditawarkan data percuma jika melakukan isian semula. Isi RM10 boleh dapat 1GB (100MB sehari untuk 10 hari), isi RM20 dan dapatkan 4GB (200MB/hari untuk 20 hari), sampailah ke RM50 boleh dapat 9GB (300MB/hari untuk 30 hari).

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan lebih data lagi, RedONE turut menawarkan pelan harian, mingguan dan bulanan untuk dipilih.

Untuk memanfaatkan sepenuhnya data-data yang ditawarkan, RedONE menyarankan agar pengguna mendapatkan pek permulaan Beyond Prepaid. Kemudian, isi semula RM50 untuk mendapatkan data percuma 9GB dan seterusnya guna RM50 berkenaan untuk melanggan pelan data internet 10GB 4G LTE. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kuota data internet berkelajuan 4G LTE pada bulan berkenaan 19.5GB dan 1GB internet asas. Selain itu, pengguna juga mendapat baki kredit RM6 berserta panggilan percuma ke semua nombor prabayar RedONE.

Layari laman rasmi RedONE untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.