Utama Komputer Intel Pemprosesan Intel Core Mobile Gen Ke-10 perkenalkan Lapan Cip Comet Lake terbaru

Pemprosesan Intel Core Mobile Gen Ke-10 perkenalkan Lapan Cip Comet Lake terbaru

1116
0

Lanjutan dari pengumuman rasmi yang memperkenalkan kesebelasan pertama pemprosesan Ice Lake Intel Core Mobile Generasi Ke-10 beberapa minggu lalu, Intel telah mendedahkan lapan lagi cip baru di dalam barisan keluarga pemprosesan ini.

Berbeza dengan pemprosesan Ice Lake berkenaan yang menggunakan proses pembuatan 10nm, cip terbaru ini menggunakan proses pembuatan 14nm dan dikenali sebagai Comet Lake.

Sungguhpun dihasilkan dengan proses pembuatan yang berbeza, Intel masih lagi mengekalkan Grafik Intel UHD Gen-9 dari generasi sebelumnya, Whiskey Lake pada Comet Lake ini.

Seperti lazimnya, pemprosesan mudah alih ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu siri-U untuk kegunaan peranti arus perdana dan siri-Y untuk peranti berkuasa rendah sebagaimana yang ditunjukkan pada jadual di bawah.

Melalui tetapan 6 teras dan 12 bebenang, Intel Core i7-10710U merupakan pemprosesan mudah alih Intel Core U-series pertama yang hadir dengan lebih dari 4 teras dan 8 bebenang. Selain itu, kesemua pemprosesan siri Comet Lake-U yang mampu menyokong kelajuan klok DDR4 yang lebih tinggi berbanding versi pemprosesan yang terdahulu sehingga 2,666MHz.

Pemprosesan siri Comet Lake Y pula, juga mampu menyokong kelajuan klok LPDDR3 yang lebih tinggi pada 2,133MHz berbanding Amber Lake yang sebelum ini hanya mampu menyokong setakat 1,866MHz sahaja. Tidak ketinggalan, kelapan-kelapan cip pemprosesan terbaru ini turut diintegrasikan Intel Wi-Fi 6 (Gig+) 802.11ax.

Intel turut mendakwa pemprosesan Comet Lake ini mampu menyediakan prestasi sehingga 16% lebih baik berbanding versi yang terdahulu tanpa mengurangkan kecekapan penggunaan tenaga baterinya. Para pengeluar-pengeluar peranti juga boleh memanfaatkan Intel Dynamic Tuning Technology bagi mempertingkatkan prestasi peranti sehingga antara 8% ke 12%.

Dijangkakan peranti-peranti yang menggunakan cip pemprosesan terbaru ini bakal menemui pengguna sekitar cuti musim perayaan hujung tahun ini.

Sumber berita diperoleh dari Intel

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.