KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2024 – Infinix, jenama teknologi terkini untuk pengguna muda, mengajak rakyat Malaysia untuk menyaksikan Infinix GT20 PRO beraksi sebagai Telefon Pintar Rasmi Permainan untuk Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL MY) Musim 2.
Infinix GT20 PRO, yang direka khas untuk permainan berprestasi tinggi, dikuasakan oleh sistem dwi-cip yang menawarkan prestasi kelas atasan untuk permainan yang sengit, sambil menyediakan ciri-ciri profesional pada harga mampu milik. Pusingan akhir kejohanan MAL MY akan berlangsung dari 24 hingga 27 Oktober di Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM KL, menampilkan beberapa bakat esports yang sedang meningkat naik.
Sebagai sebahagian daripada kejohanan yang mendebarkan ini, Infinix akan membuka gerai dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam, dengan aktiviti menarik dan pemberian hadiah bernilai sehingga RM 20,000. Pengunjung boleh merasai suasana pertandingan sambil menyertai permainan interaktif seperti “Infinix Dares You” dan aktiviti “Photo Booth” (Tangkap Gambar, Kongsi & Tebus Berlian MLBB). Hadiah termasuk barangan percuma hebat seperti Jersi Homebois, item dalam permainan MLBB, gajet, dan banyak lagi hadiah menarik.
Menambahkan lagi keseronokan, peminat berpeluang bertemu dengan pasukan Homebois secara langsung, memberikan mereka peluang untuk berinteraksi dengan pemain kegemaran, mengambil gambar, dan mendapatkan autograf. Selain itu, pengunjung boleh menyertai “Homebois Jersey Giveaway”, di mana 50 peminat bertuah akan memenangi jersi eksklusif yang ditandatangani oleh Daddyhood, seorang tokoh terkenal dalam komuniti Mobile Legends. Acara ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk peminat permainan video, yang akan berlangsung dari jam 4 petang hingga 6 petang pada 24 Oktober 2024, dan dengan jumlah jersi yang ditandatangani terhad serta peluang untuk bertemu dengan pasukan Homebois, rakyat Malaysia pasti tidak mahu ketinggalan menyertai keseronokan ini.
Pengunjung juga boleh meneroka telefon pintar terbaru Infinix di Paparan Pengalaman Produk, yang menampilkan model seperti ZERO Flip, ZERO 40 5G, GT 20 PRO, HOT 50 5G, HOT 50i, dan SMART 9, mempamerkan teknologi terkini dan inovasi dari jenama ini.
Ikuti perkembangan terkini mengenai Infinix melalui laman web rasmi Infinix, halaman Facebook, halaman Instagram, dan saluran TikTok Infinix.













