Home Mobile Telco Imej yang didakwa cip implan 5G dalam Vaksin COVID-19 sebenarnya Litar Skematik...

Imej yang didakwa cip implan 5G dalam Vaksin COVID-19 sebenarnya Litar Skematik pedal gitar elektrik

19
0

Imej yang disebarkan kononnya cip implan 5G di dalam vaksin COVID-19 oleh kalangan para pencetus teori konspirasi sebenarnya adalah litar skematik pedal gitar elektrik Boss Metal Zone.

Berdasarkan laporan dari portal MusicTech melaporkan, imej-imej ini telah dikongsikan tanpa diselidiki terlebih dahulu kesahihan dakwaan yang telah dibuat.

Bagi anda yang pernah mempelajari subjek Fizik Tingkatan 5, anda mungkin perasan adalah mustahil teknologi 5G tidak menggunakan perkakasan digital dan mikropemprosessan. Sebaliknya menggunakan komponen elektronik analog seperti penguat operasi litar arus terus dan diod ln4148 seperti mana di dalam litar skematik berkenaan.

Kebelakangan ini terdapat ramai pihak terutamanya peminat teori konspirasi mengeluarkan pelbagai andaian dan pendapat tidak berasas mengenai teknologi 5G dan vaksin COVID-19.

Perkembangan ini agak membimbangkan kerana terdapat segelintir masyarakat yang mudah percaya setelah dimanipulasi akibat kurangnya pemahaman asas teknologi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.