Home Mobile Aplikasi Kemaskini Windows 10 baharu nyahpasang sendiri Adobe Flash

Kemaskini Windows 10 baharu nyahpasang sendiri Adobe Flash

17
0

Adobe Flash merupakan sebuah program video animasi yang popular sekitar awal milenium dahulu yang kini sudah sampai ke penghujungnya. Perisian ini tidak digalakkan untuk dipasang pada sistem operasi berikutan isu-isu keselamatan berkaitannya.

Baru-baru ini, kemaskini terbaru Windows 10 secara automatik menyahpasang Flash dari sistem operasi berkenaan sepenuhnya. Kemaskini ini bagaimanapun ditawarkan untuk versi 1903 dan yang lebih awal, serta beberapa versi Windows Server.

Sama seperti kemaskini perisian untuk Windows 10 yang lain, kemaskini untuk menyahpasang Adobe Flash ditawarkan sebagai kemaskini pilihan.

Ketika ini, terdapat lebih banyak platform yang lebih besar dan lebih baik menggantikan Adobe Flash seperti HTML5, OpenFL dan Unity. Kebanyakan kefungsian seakan-akan Flash yang diketemukan di laman web sekarang ini telah pun menggunakan HTML5. Malah, Adobe turut menjenamakan semula produk Flash sebagai Adobe Animate pada 2015 dengan sokongan HTML5.

Bagin anda yang merindui kandungan-kandungan video animasi Flash, anda boleh mendapatkannya menerusi Internet Archive dan juga melalui saluran-saluran di YouTube.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.