Home Android Samsung Samsung Galaxy S21 akan dilancarkan pada 14 Januari ini

Samsung Galaxy S21 akan dilancarkan pada 14 Januari ini

18
0

Samsung Galaxy S21 bakal dilancarkan pada minggu hadapan bersempena acara Galaxy Unpacked yang berlangsung pada 14 Januari 2021.

Acara yang bertemakan “Welcome to the Everyday Epic” ini menunjukkan imej yang mengacah lekukan kamera baharu untuk siri Galaxy S21 ini. Sebelum ini maklumat mengenai ketiga-tiga model Galaxy S21 telah galak tertiris di internet.

Tahun lalu Samsung menyatakan teknologi mudah alih telah menjadi keutamaan masa kini memandangkan lebih ramai yang bekerja dan meluangkan masa di rumah masing-masing.

Telefon pintar mercu Galaxy baharu ini akan didedahkan pada 14 Januari 2021, jam 11 malam waktu Malaysia. Acara ini akan berlangsung secara streaming di laman web dan saluran rasmi Youtube Samsung.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat awal mengenai telefon pintar terbaru ini, Samsung turut membuka pendaftaran minat melalui laman web Samsung Malaysia. Peminat yang mendaftar bakal menerima gelang kecergasan Galaxy Fit 2 apabila membuat pra-tempahan Galaxy S21.

Dari spesifikasi, telefon pintar ini menggunakan cipset 5nm Exynos 2100 yang dikatakan setara atau lebih baik berbanding Snapdragon 888. Bagaimanapun, dari segi aksesorinya, Samsung dijangka bakal mencetuskan kontroversi dengan tidak menyertakan kepala pengecas.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.