Utama Laptop Huawei Huawei Matebook D 16 kini di Malaysia; Harga jualan bermula dari RM2,899

Huawei Matebook D 16 kini di Malaysia; Harga jualan bermula dari RM2,899

131
0

Huawei Matebook D 16 kini secara rasminya mula dijual di pasaran Malaysia. Siri laptop terkini keluaran Huawei ini dikuasakan oleh pemprosesan Siri Intel Core Generasi Ke-12 dan Generasi Ke-13 dengan harga bermula dari RM2,899.

Laptop ini menampilkan skrin FHD+ 16-inci dengan tahap kecerahan puncak 300 nits dan kadar penyegaran semula skrin 60Hz. Ia juga mempunyai RAM sehingga 16GB dan bater berkapasiti 70Wj.

Pemprosesannya pula ditawarkan melalui pilihan Intel Core Generasi Ke-12 i5-12450H dengan RAM 8GB pada harga RM2,899. Untuk pilihan RAM 16GB dengan pemprosesan yang sama pula berharga RM3,199. Kedua-dua konfigurasi ini mempunyai storan NVMe 4.0 berkapasiti 512GB.

Anda juga boleh memilih laptop Huawei Matebook D 16 berkuasa pemprosesan Intel Core Gen Ke-13 i5-13420H dengan RAM 16GB RAM dan storan 1TB pada harga RM3,699. Untuk pilihan konfigurasi tertinggi dengan pemprosesan Intel Core i9-13900H boleh dipra-tempah menerusi laman web rasmi Huawei Malaysi mulai 19 Januari 2024 sehingga 2 Februari 2024 pada harga RM5,299.

Bersempena promosi perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Huawei turut menawarkan promosi barangan percuma meliputi cermin mata hitam, beg galas, waranti tambahan dan sebagainya untuk pembelian Huawei Matebook D16. Maklumat lanjut, layari Huawei Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.