Utama Mobile Aplikasi Kos Langganan Perkhidmatan Penstriman dijangka meningkat selepas kenaikan Cukai Perkhidmatan 1 Mac...

Kos Langganan Perkhidmatan Penstriman dijangka meningkat selepas kenaikan Cukai Perkhidmatan 1 Mac ini

379
0

Perkhidmatan penstriman dijangka mengalami peningkatan kos langganan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dinaikkan bermula Mac ini. Perkembangan ini berikutan pengumuman oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia mengenai kenaikan kadar cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan digital dinaikkan dari 6% hingga 8% berkuatkuasa 1 Mac 2024.

Kenaikan 2% ini pertama kali telah diumumkan ketika sesi pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen pada Oktober tahun lalu. Cukai ini akan melibatkan perkhidmatan digital sedia ada dengan pengecualian diberikan kepada kategori tertentu seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi yang kekal pada 6%.

Berhubung kenaikan yang akan dikuatkuasakan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Center for Market Education Carmelo Ferlito menjangkakan harga perkhidmatan penstriman dan produk-produk digital lain akan mengalami kenaikan. Hal ini kerana amat sukar untuk syarikat besar dari luar negara untuk menyerap kos kenaikan cukai tersebut bagi mengekalkan penawaran pada harga kompetitif.

Cukai Perkhidmatan Digital mula dilaksanakan pada 2020 dan pada tahun tersebut pihak kerajaan telah berjaya mendapatkan hasil daripada cukai tersebut sebanyak RM428 juta. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican menyatakan pihak kerajaan mensasarkan penambahan kutipan cukai sebanyak RM3 billion dari kenaikan tersebut. Sekurang-kurangnya terdapat 126 penyedia perkhidmatan digital luar negara berdaftar merangkumi Google, Netflix, Spotify dan Airbnb.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.