Utama Android Huawei Huawei HarmonyOS atasi Apple iOS sebagai Platform Mudah Alih Ke-2 di China

Huawei HarmonyOS atasi Apple iOS sebagai Platform Mudah Alih Ke-2 di China

66
0

Pada suku pertama 2024, sistem operasi Huawei HarmonyOS telah mengatasi Apple iOS buat pertama kalinya di pasaran China. Ia seterusnya menjadikan HarmonyOS sebagai sistem operasi kedua paling banyak digunakan di China selepas Google Android, menurut firma kajian pasaran Counterpoint Research.

Laporan tersebut menyatakan penguasaan pasaran oleh Huawei HarmonyOS di China meningkat dari 8% pada suku pertama 2023 kepada 17% pada suku pertama 2024. Peratus penguasaan Apple iOS pula merosot dari 20% kepada 16%.

Kadar penggunaan 5G HarmonyOS pula mencapai sehingga 50% pada sukuan pertama 2024, tambah laporan itu lagi. Selasa lalu, Huawei telah mengemaskini sistem operasi HarmonyOS dengan versi baharu 4.2 untuk telefon pintar siri Huawei Mate 40.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.