Utama Android Infinix Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition diacah bersempena Pelancarannya pada 19...

Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition diacah bersempena Pelancarannya pada 19 Jun ini

148
0
Infinix-Note-40-Series-5G-Racing-Edition Malaysia

Siri Infinix Note 40 hadir dengan pelbagai ragamnya dengan tiga daripada lima variannya ditawarkan kepada pengguna-penggunanya di pasaran tempatan. Kini, terdapat satu lagi varian daripada siri ini yang akan diperkenalkan di Malaysia melalui Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition.

Tidak banyak maklumat terperinci berkenaan varian Racing Edition ini dinyatakan oleh pihak syarikat setakat ini. Namun, memandangkan ia telah pun diumumkan di pasaran-pasaran lain, kebanyakan maklumat mengenainya sudah pun diketahui dan berdasarkan laporan oleh GSMArena, ia mempunyai spesifikasi yang sama dengan Infinix Note 40.Infinix-Note-40-Series-5G-Racing-Edition-19 Jun 2024

Seperti biasa, selaku telefon pintar edisi khas, Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition hadir dengan rekaan permukaan belakang yang lebih cantik melalui dengan apa yang dinamakan sebagai rekaan “Wings of Speed”. Terdapat satu jalur kecil berwarna biru, hitam dan merah yang melambangkan BMW Motorsport pada bonggol kameranya bersama-sama kemasan warna perak metalik.

Menerusi kenyataan media yang dihantar kepada media-media tempatan, pihak Infinix Malaysia turut menyatakan elemen antaramukanya (UI) diinspirasikan dari litar perlumbaan. Justeru, dijangkakan terdapat beberapa perubahan pada perisiannya kelak.Infinix-Note-40-Series-5G-Racing-Edition-Kotak hadiah

Menurut kenyataan media tersebut lagi, Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Jun 2024. Buat masa ini tidak dapat dipastikan jika kelima-lima model daripada siri tersebut akan hadir dengan edisi khas atau sekadar tiga model sedia ada sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.