Utama Mobile Aplikasi WhatsApp kini benarkan penghantaran Foto dan Video dalam tetapan Kualiti HD secara...

WhatsApp kini benarkan penghantaran Foto dan Video dalam tetapan Kualiti HD secara lalai

237
0

WhatsApp pada tahun lepas telah memperkenalkan pengguna untuk menghantar foto-foto dalam kualiti berdefinisi tinggi (high definition, HD) dengan mengekalkan resolusi asalnya pada pemampatan yang lebih rendah. Bagaimanapun, pengguna sebelum ini perlu memilih tetapan HD setiap kali ingin menghantar foto atau video kepada pengguna lain.

Kini, WhatsApp telah memperkenalkan pilihan baharu yang boleh menetapkan pilihan menghantar foto-foto dalam bentuk HD secara lalai.

Menurut konsultan media sosial Matt Navarra, pengguna iOS dan Android kini boleh menetapkan kualiti HD secara lalai untuk menghantar media-mdeia beresolusi tinggi melalui WhatsApp. Pilihan tersebut boleh diketemukan di dalam menu ‘Storage and Data’ di dalam tetapan WhatsApp.

Penghantaran foto dan video berdefinisi melalui WhatsApp

Sungguhpun kualiti ‘Standard Definition (SD)’ akan mengurangkan foto yang diambil dengan iPhone kepada 960 x 1280 piksel, kualiti HD akan mengekalkan resolusi asalnya pada 3024×4032 piksel. Pemampatan saiz media tersebut seperti biasa masih lagi dikekalkan, cuma tidak begitu ketara seperti kualiti SD sebelum ini.

Tahun lepas, WhatsApp juga memperkenalkan pilihan yang sama untuk penghantaran video. Apabila dihidupkan, WhatsApp akan menghantar video dalam resolusi 720p berbanding 480p. Resolusi tersebut masih lagi lebih rendah berbanding 1080p atau 4K, namun masih lagi lebih elok berbanding kualiti SD.

Pun begitu, penghantaran foto dan video pada resolusi tinggi ini boleh menyebabkan sesetengah pengguna yang menggunakan peranti berstoran rendah mengalami masalah storan cepat penuh disebabkan mesej-mesej pada WhatsApp.

WhatsApp ialah aplikasi pemesejan percuma yang sangat popular di seluruh dunia, dengan lebih daripada 2 bilion pengguna aktif. Aplikasi ini membolehkan anda menghantar mesej teks, membuat panggilan suara dan video, serta berkongsi gambar, video, dan fail lain melalui sambungan internet. WhatsApp tersedia untuk pelbagai platform termasuk iOS, Android, dan komputer peribadi.

Ia juga sangat mudah digunakan. Untuk memulakan, anda hanya perlu memuat turun aplikasi dari kedai aplikasi telefon anda, memasang dan mendaftar menggunakan nombor telefon anda. Selepas itu, anda boleh mula menambah kenalan dan berkomunikasi dengan mereka melalui pelbagai ciri yang disediakan. WhatsApp juga menyokong mesej berkumpulan, yang memudahkan anda berkomunikasi dengan beberapa orang serentak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.