Utama Android Honor HONOR X8 5G diperkenalkan secara rasminya di Malaysia, Berharga RM999

HONOR X8 5G diperkenalkan secara rasminya di Malaysia, Berharga RM999

514
0
HONOR X8 5G Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2022 — Keluaran produk HONOR secara berterusan pastinya membuatkan peminat teruja menanti kemunculan model terbaharu Siri HONOR X iaitu HONOR X8 5G yang dilancarkan secara rasmi hari ini pada harga RM999 dengan jaminan lanjutan setahun bernilai sehingga RM119.

Terkenal dengan kualiti yang menjaminkan, siri HONOR X kembali semula di pasaran Malaysia lebih awal daripada jangkaan ekoran permintaan ramai di seluruh negara. Bagi memenuhi hasrat peminat, HONOR memperkenalkan HONOR X8 5G dengan kapasiti bateri dan memori besar. Ini pasti menggembirakan peminat yang menantikannya sejak sekian lama. Sebagai telefon pintar 5G yang berharga di bawah RM1,000, sudah tentu ini tawaran yang terbaik sepanjang tahun tanpa perlu berbelanja besar.

Cip Qualcomm Snapdragon untuk pengalaman komunikasi 5G terbaik

Pada pelancaran HONOR X8 awal tahun ini, HONOR Malaysia dengan sukacitanya memperkenalkan versi 5G bagi membolehkan pengguna menikmati rangkaian tersebut menerusi Cipset Qualcomm Snapdragon 5G. Teknologi Enjin Anti Penuaan pada HONOR X8 5G menawarkan keyakinan yang lebih bagus dan lebih lancar untuk pengalaman pengguna sehingga 36 bulan.

Kapasiti bateri besar 5,000 mAh membuatkan peminat menanti-nantikan HONOR X8 5G. Dengan kapasiti sebegitu besar, pengguna boleh menonton video dalam talian sehingga 20 jam dan Gaming selama 13 jam pada hanya sekali cas. Selain itu, mengecas menggunakan HONOR Supercharge 22.5W selama 10 minit sudah mencukupi untuk menonton video selama 3 jam tanpa henti. Ini yang dinamakan kuasa berkekalan!

Penstoran besar Super 6+128GB untuk menyimpan semua memori terbaik anda

HONOR X8 5G dilengkapi penstoran besar 128GB dan anda boleh memuatkan sehingga 26,500 foto atau 10,600 senarai muzik dengan tambahan sokongan kad microSD sehingga 1TB. Tambahan pula, peranti ini mempunyai RAM Turbo HONOR yang dapat meningkatkan kuasa 6GB kepada 8GB untuk keupayaan lebih baik. Aplikasi pelbagai kini boleh dibiarkan terbuka di balik layar dan boleh ditukar-tukar dengan cepat, sekaligus membuktikan kemampuan teknologi yang ditawarkan HONOR.

Tiga Kamera Jelas Ultra 48MP – merakam detik kegembiraan 

Salah satu ciri terbaik HONOR X8 5G adalah kameranya dan ia hadir dengan tiga kamera belakang 48MP, termasuk lensa makro dan kamera dalaman untuk apa sahaja tujuan fotografi, rasmi atau kasual.

Kebebasan memilih sebegini membolehkan penggemar gambar berkarya secara kreatif dengan pilihan rakaman, pada masa sama tidak ketinggalan untuk menikmati setiap detik. Mod rakaman sisi pandangan hadapan dan belakang membuatkan Vlog menjadi lebih menarik pada kedua-dua lensa, menghasilkan video pengembaraan yang ringkas dan mudah, memaparkan pengembara dan suasana kota yang dilawatinya. Penghasilan Vlog menjadi lebih mudah dengan HONOR X8 5G. 

Lagi Tahan Lagi Best – Kualiti Boleh Dipercayai

Siri HONOR X mempunyai reputasi kualiti yang tahan lama, menjadikannya telefon pintar yang boleh dipercayai selepas beberapa kali diuji. Hasil menunjukkan HONOR X8 5G berjaya melepas ujian kualiti yang sukar dan mampu menahan beban sehingga 70kg membuktikan ianya gajet tahan lasak. Malah, HONOR X8 5G juga mampu menahan cuaca ekstrem sama ada sejuk, panas dan lembap.

Harga dan Pilihan

HONOR X8 turut hadir dalam versi 4G dan 5G. HONOR X8 4G lebih nipis dan ringan dengan piksel kamera yang tinggi dijual pada harga RM899. Peminat yang sukakan versi 5G dan perhubungan sepanjang hari pastinya tidak akan kecewa dengan tawaran harga pada RM999. Untuk berita terbaharu tentang HONOR X8 4G dan 5G, layari laman sesawang kami atau ikuti Facebook HONOR Malaysia hari ini!

SUMBERKenyataan Media HONOR Malaysia
Artikel sebelum iniApple Pay muncul di Shopee sebagai salah satu pilihan Pembayaran kelak
Artikel seterusnyaApple Pay dilaporkan muncul pada papan tanda di Maxis Centre
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.