Utama Mobile Aplikasi Apple Pay muncul di Shopee sebagai salah satu pilihan Pembayaran kelak

Apple Pay muncul di Shopee sebagai salah satu pilihan Pembayaran kelak

337
0
Apple Pay

Apple Pay telah lama dinanti-nantikan oleh sebahagian pengguna peranti Apple di Malaysia. Dijangkakan ia akan hadir dalam masa yang terdekat ini selepas ia dilaporkan muncul sebagai salah satu pilihan pembayaran di platform e-dagang popular, Shopee.

Anda boleh menemukan pilihan pembayaran tersebut pada laman Shopee versi desktop menerusi pelayar Safari atau aplikasi versi iOS. Bagaimanapun pilihan pembayaran menggunakan Apple Pay tersebut ‘dikelabukan’ (greyed-out) buat masa ini.

Pilihan pembayaran berkenaan akan meminta pengguna untuk memastikan mempunyai kad yang aktif di dalam aplikasi Wallet anda sebelum memilihnya. Pun begitu, pengguna-pengguna di Malaysia tidak boleh menambah apa-apa kad ke aplikasi Walllet berkenaan buat masa ini.

Malah, Apple Pay juga tidak disenaraikan sebagai salah satu kaedah pembayaran pada laman bantuan Shopee Malaysia. Atas sebab itu, tidak dapat dipastikan sama ada kemunculannya di Shopee ini tidak disengajakan atau mempunyai perancangan lain di masa akan datang.

Artikel sebelum iniRider Grab & Foodpanda berpakat untuk mengadakan Mogok pada 5 Ogos ini
Artikel seterusnyaHONOR X8 5G diperkenalkan secara rasminya di Malaysia, Berharga RM999
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.